The Blog Heading -BMT

The Blog Heading -BMT
The Abstract heading no1

BLOG ABG FLASH MESSAGE

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013
AKUJANJI BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA ( Klik Gambar untuk Akses Penuh)
Showing posts with label Dewan Negara. Show all posts
Showing posts with label Dewan Negara. Show all posts

Friday, 5 April 2013

TERKINI #PRU13 : APABILA TERBUBAR PARLIMEN - MAKSUD KERAJAAN SEMENTARA.

EKSKLUSIF !! ANDA TAHU APA MAKSUD KERAJAAN SEMENTARA? ADAKAH IA HARAM ? WAJIB BACA !!!



Adakah jemaah Kabinet terbubar secara automatik dengar terbubarnya Parlimen?Persoalan sama, adakah barisan EXCO di negeri-negeri juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN). Persoalan ini menjadi penting dalam perkembangan semasa tanah air. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri negeri tidak mempunyai peruntukan khusus berkaitan pembubaran barisan jemaah Kabinet dengan terbubarnya Dewan Rakyat. Dengan kata lain, Perlembagaan tidak menyatakannya dengan terperinci. Selepas diteliti perbincangan ketika penggubalan Perlembagaan, saya dapati jemaah menteri juga terbubar dengan sendirinya selepas berlakunya pembubaran Parlimen sama ada pembubaran secara automatik selepas tamat tempoh hayat Parlimen atau Parlimen dibubarkan atas permintaan Perdana Menteri dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong. (Hanya Dewan Rakyat yang terbubar, Dewan Negara tidak terbubar). Hujah di sini ialah asas lantikan anggota jemaah menteri ialah kedudukannya dalam Majlis Parlimen sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Apabila Parlimen terbubar, maka asas lantikan itu tiada lagi. Atas dasar kehilangan asas keahlian itu, anggota jemaah menteri hendaklah melepaskan jawatannya. Dengan itu, boleh difahami bahawa jemaah menteri adalah juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Rakyat.


Terus jadi amalan



Justeru, dengan terbubarnya jemaah menteri, timbullah persoalan sama ada perlu atau tidak dibuat pelantikan khusus sebuah kerajaan sementara bagi menggantikan jemaah menteri yang terbubar itu. Jemaah menteri yang melaksanakan pentadbiran ketika Parlimen terbubar inilah yang sering disebut sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker government’. Ia merujuk kepada kerajaan yang mentadbir negara dalam keadaan ketiadaan Parlimen untuk satu masa tertentu sehinggalah kerajaan baru dibentuk. Dalam negara yang matang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah menjadi amalan bagi kerajaan yang memerintah sebelum itu untuk terus menjadi kerajaan sementara. Bagi negara kita, inilah amalan dilakukan selama ini selepas 12 pilihan raya umum (PRU) berlangsung selepas merdeka. Perlu disebut bahawa Perlembagaan kita tidak menggunakan istilah kerajaan sementara. Amalan itu bukanlah sesuatu yang ‘haram’ atau bertentangan dengan Perlembagaan. Perlembagaan tidak mewajibkan atau tidak meletakkan syarat secara tersurat mengkehendaki penubuhan kerajaan sementara. Amalan ini sudah menjadi fahaman atau ideologi dalam konvensyen demokrasi kita.


Bahagian akhir Perkara 43



Walau apapun, dalam perbicaraan ketika penggubalan Perlembagaan juga, bahagian akhir Perkara 43 menyatakan bahawa selepas Parlimen terbubar Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik jemaah menteri seperti disebut dalam Perkara 43. Maka,kita dapati Perkara 43(2) membuat peruntukan yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat lantikan jemaah menteri ketika Parlimen terbubar. Perkara sama menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh melantik anggota jemaah menteri terdahulu, tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak terikat dengan kriteria itu. Dengan kata lain, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam menentukan keanggotaan jemaah menteri yang dibuat ketika Parlimen terbubar. Sementara itu,semua negeri mempunyai peruntukan sama dengan memberi kuasa kepada Raja-Raja atau Sultan masing-masing. Oleh itu, dalam amalan sistem demokrasi berparlimen,ia sudah menjadi amalan untuk jemaah menteri daripada mandat Parlimen yang terbubar itu meneruskan tugas sebagai menteri tanpa lantikan khusus.


Tanggungjawab Kerajaan Sementara


Walau apapun, kita harus menitikberatkan dua perkara dalam membincangkan hal tugas dan kuasa kerajaan sementara. Dua bidang tugas utama kerajaan sementara ialah melaksanakan pentadbiran harian dan memastikan pilihan raya umum berjalan secara adil dan lancar. Kerajaan sementara hendaklah bersifat seimbang atau neutral dan juga tidak mempengaruhi penjawat awam dalam hal berkaitan pilihan raya Kerajaan sementara juga tidak boleh mempengaruhi tindakan atau keputusan badan yang mengendalikan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negara kita. Bagi mencapai tahap matang demokrasi, kerajaan sementara hendaklah mempunyai sifat saksama yang tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak sama ada dalam melaksana pentadbiran harian atau juga pilihan raya umum.Dalam keadaan seperti ini, kita tidak perlu memberikan penekanan yang tidak perlu kepada lantikan khusus kerajaan sementara. Tetapi, dua perkara berkaitan tanggungjawab kerajaan sementara itu yang perlu diambil perhatian. Sekiranya ada persoalan kredibiliti,barulah diperlukan sebuah kerajaan sementara yang dilantik khusus oleh Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan kuasa budi bicara baginda.


SUMBER : BADUT RAKYAT (TQ BRO)
BLOG ABG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Box

Comment Box

ACTIVITY FEED

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013
Diambil pada Hari Pembubaran Parlimen ke 12 selepas Mesyuarat Terakhir Kabinet 03/04/2013

BLOG ABG - LOCAL UPDATES AND POSTINGS.

ABG Posting Updates

LD Headlines