The Blog Heading -BMT

The Blog Heading -BMT
The Abstract heading no1

BLOG ABG FLASH MESSAGE

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013
AKUJANJI BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA ( Klik Gambar untuk Akses Penuh)
Showing posts with label KUBUR LKS DI JOHOR. Show all posts
Showing posts with label KUBUR LKS DI JOHOR. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

Johor Akan Jadi ‘Kubur’ Kit Siang – Tun M


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat pelbagai kaum di Johor memastikan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kali ini menjadi ‘kubur’ kepada karier politik veteran DAP, Lim Kit Siang.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU-13 kelak.
“Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepada Lim Kit Siang.
“Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis ‘Bicara Minda’ anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pulai yang dihadiri kira-kira 5,000 orang, pada Ahad malam.
Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.
Dr Mahathir berkata Lim mahukan rakyat ‘Ubah’ dan ‘tukar’ kerajaan sedia ada yang dipimpin BN, tetapi sebenarnya pemimpin veteran DAP itu yang perlu berubah.
Katanya Lim telah terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair, yang juga bekas presiden Singapura.
“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.
Dr Mahathir berkata Anwar pula perlu ditolak kerana pemimpin PKR itu hanya berminat untuk menjadi perdana menteri dan bersedia berbuat apa sahaja bagi memastikan cita-citanya tercapai.
“Kalau serah pada orang ini (Anwar), dia akan jual negara ini apabila dia jadi perdana menteri,” katanya dan menambah tindakannya ketika menjadi menteri kewangan merupakan bukti jelas tentang niat sebenar Anwar.
Ketika negara menghadapi krisis kewangan 1997, Anwar, katanya, hanya mengikut telunjuk Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus dan Presiden Bank Dunia James Wolfensohn.
“Saya rasa dia (Anwar) hendak ranapkan negara (ketika itu), sebab itulah saya ambil alih dan kita buat sendiri (memulihkan ekonomi negara) dengan menggunakan acuan kita,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berpendapat penasihat PKR itu tahu yang beliau akan kalah pada PRU13, oleh itu sedang bersedia untuk melakukan kekacauan dan huru-hara.
Bagi Nik Abdul Aziz pula, Dr Mahathir berkata Mursyidul Am PAS itu juga sudah sepatutnya bersara daripada politik.
Parti PAS dinasihatkan supaya menumpukan perhatian di Kelantan dan tidak perlu bersusah payah cuba untuk menembusi Johor kerana ia tidak mempunyai pengaruh di negeri ini, katanya.
- BERNAMA



BLOG ABG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Box

Comment Box

ACTIVITY FEED

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013
Diambil pada Hari Pembubaran Parlimen ke 12 selepas Mesyuarat Terakhir Kabinet 03/04/2013

BLOG ABG - LOCAL UPDATES AND POSTINGS.

ABG Posting Updates

LD Headlines