The Blog Heading -BMT

The Blog Heading -BMT
The Abstract heading no1

BLOG ABG FLASH MESSAGE

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013
AKUJANJI BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA ( Klik Gambar untuk Akses Penuh)
Showing posts with label spr. Show all posts
Showing posts with label spr. Show all posts

Tuesday, 21 May 2013

Kenyataan Pengerusi SPR jawab dakwaan Anwar pasal 'undi popular'



Merujuk kepada laporan media berhubung isu jumlah undi popular yang diperoleh parti-parti pembangkang, iaitu sebanyak 5,623,984 yang lebih tinggi daripada jumlah undi popular yang diperoleh parti BN, 5,237,699 yang mana mengikut dakwaan AnwarIbrahim sepatutnya parti pembangkang boleh membentuk kerajaan, tetapi mengikut
undang-undang pilihan raya di Malaysia parti BN yang telah disahkan menang dalam
PRU Ke-13 dan layak untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Berhubung dengan kekeliruan ekoran dari dakwaan pihak Anwar Ibrahim itu,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menjelaskan kepada rakyat bahawa di bawah
sistem dan undang-undang pilihan raya yang diguna pakai di Malaysia, sejak pilihan
raya umum pertama (1959) hingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13), adalah
berlandaskan kepada sistem yang menentukan kemenangan mengikut majority
mudah (simple majority) serta bersandarkan kepada perwakilan mengikut kawasan
(Constituency Representation System) yang digunapakai sejak Pilihan Raya Umum
pertama hingga PRU Ke-13.

Berasaskan kepada sistem tersebut, calon yang menang dalam pertandingan bagi
sesuatu bahagian pilihan raya walaupun memperoleh majoriti satu undi, calon itu
diisytiharkan sebagai calon yang dipilih (menang dalam pilihan raya). Berasaskan
kepada asas yang sama, ia digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk
menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat ataupun di peringkat negeri, iaitu parti
yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) yang terbanyak walau pun memperoleh
majoriti satu kerusi, berdasarkan kepada undang-undang parti berkenaan diisytiharkan
menang dan berhak membentuk kerajaan.

Ini bermakna penentuan parti yang berhak membentuk kerajaan bukan berasas kepada
jumlah undi popular, iaitu jumlah bilangan besar undi yang diperoleh. Dalam konteks
ini, walaupun walaupun parti-parti pembangkang telah pun memperoleh jumlah besar
undi sebanyak 5,623,984, mereka hanya berjaya memenangi 89 (kerusi) bahagian pilihan
raya saja. Walaupun parti BN memperoleh jumlah besar undi 5,237,699, namun dari
sudut jumlah bahagian pilihan raya BN telah memenangi sebanyak 133 (kerusi) bahagian
pilihan raya di peringkat Parlimen dan berhak untuk membentuk kerajaan di peringkat
pusat.

Sistem pilihan raya tersebut itu di panggil sistem First Past The Post, iaitu calon yang
memenangi kerusi terbanyak dan menjadi wakil rakyat bagi bahagian pilihan raya yang
berkenaan sama ada bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Dalam PRU Ke-13

Berhubung dengan 8 perkara yang didakwa oleh Anwar, SPR perlu menjelaskan
bahawa Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 merupakan Daftar Pemilih
yang diwartakan dan telah melalui proses pembersihan yang terperinci melalui semakan
online dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih seperti yang terdapat

dalam pangkalan data (data base) warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Daftar pemilih yang telah digunakan dalam PRU Ke-13 adalah daftar pemilih yang
terbersih mungkin yang disediakan oleh SPR. Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih
menggunakan no.kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai identifier pendaftaran,
maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU Ke-13.

Melalui sistem pendaftaran ini, tidak ada sesiapa yang bukan warganegara sama ada
dia Bangladesh, Indonesia, China atau India, yang dapat mendaftar sebagai pengundi.
Selain itu Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 adalah Daftar Pemilih
yang sah dan diwartakan serta muktamad. Adalah mustahil untuk memasukkan nama-
nama pengundi tambahan selepas sesuatu Daftar Pemilih itu diwartakan untuk tujuan
pilihan raya. Oleh yang demikian andaian dan dakwaan kononnya terdapat 40 ribu warga
Bangladesh yang diangkut untuk mengundi dalam PRU Ke-13 baru-baru ini adalah
satu kenyataan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang
diwartakan itu adalah muktamad.

Dalam PRU Ke-13 juga, SPR telah melaksanakan proses Pengundian Awal bagi
anggota polis dan tentera serta pasangan. Proses Pengundian Awal adalah sebagai
menggantikan proses pengundian secara pos yang dilaksanakan bagi golongan kategori
pengundi tersebut. Dalam PRU Ke-13, urusan Pengundian Awal telah dijalankan pada
30 April 2013 yang melibatkan seramai 235,826 pengundi golongan anggota polis dan
tentera serta pasangan.

Selaras dengan tuntutan utama yang dibuat oleh parti-parti politik pembangkang dan
badan-badan bukan kerajaan tertentu dakwat kekal juga telah digunakan dalam PRU
Ke-13. SPR ingin menegaskan bahawa, penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya
adalah hanya sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelakkan
sebarang percubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak
bertanggungjawab. Berdasarkan kepada undang-undang pilihan raya, asas utama untuk
menyemak identiti pengundi dan kaedah memastikan pengundi tidak dapat mengundi
lebih dari sekali ialah senarai nama di dalam Daftar Pemilih yang diguna pakai di setiap
Saluran/Tempat Mengundi pada Hari Pengundian. Jika nama seseorang itu tidak terdapat
dalam Daftar Pemilih atau namanya telah dipotong kerana telah mengundi, pengundi
itu tidak akan dapat mengundi lebih dari sekali. Ini bermakna pengundian berganda tidak
akan berlaku dalam proses pengundian di negara ini.

Tempoh rasmi kempen selama 15 hari telah ditetapkan untuk parti-parti politik
berkempen dalam PRU Ke-13, iaitu dari 20 April hingga 5 Mei. Oleh yang demikian,
dakwaan oleh Anwar Ibrahim yang menuduh SPR tidak melaksanakan apa-apa
penambahbaikan dalam PRU Ke-13 merupakan satu pembohongan yang besar untuk
mengelirukan rakyat serta fitnah semata-mata.

Sekian dan terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
10 Mei 2013
BLOG ABG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Box

Comment Box

ACTIVITY FEED

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013
Diambil pada Hari Pembubaran Parlimen ke 12 selepas Mesyuarat Terakhir Kabinet 03/04/2013

BLOG ABG - LOCAL UPDATES AND POSTINGS.

ABG Posting Updates

LD Headlines