The Blog Heading -BMT

The Blog Heading -BMT
The Abstract heading no1

BLOG ABG FLASH MESSAGE

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013
AKUJANJI BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA ( Klik Gambar untuk Akses Penuh)
Showing posts with label ALVIN TAN & VIVIEN LEE. Show all posts
Showing posts with label ALVIN TAN & VIVIEN LEE. Show all posts

Friday 19 July 2013

KENYATAAN MEDIA HINA ISLAM, ALVIN TAN DAN VIVIAN LEE DIDAKWA - PEGUAM NEGARA

KENYATAAN MEDIA 
HINA ISLAM, ALVIN TAN DAN VIVIAN LEE DIDAKWA

Jabatan Peguam Negara telah dirujuk hasil siasatan ke atas Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee May Ling kerana perbuatan mereka memuat naik satu gambar dengan komen yang berbunyi “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo Halal dalam laman facebook mereka iaitu “Alvin and Vivian-Alvivi” di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers  

Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka tersebut seperti berikut: 

(1) kesalahan di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan satu penerbitan menghasut; 

(2) kesalahan di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan di atas alasan-alasan agama di antara orang yang menganut 
agama yang berlainan; dan 

(3) kesalahan di bawah seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002 kerana perbuatan mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/. 
Pada hari ini, Khamis 18 Julai 2013, Alvin Tan dan Vivian Lee telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan-kesalahan tersebut di atas. 

Tindakan untuk mendakwa mereka tersebut juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu telah diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka. 

Memandangkan mereka mempunyai kecenderungan untuk 
memuatnaikkan kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai, Jabatan Peguam Negara telah membuat permohonan supaya mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sementara menunggu perbicaraan. 

Sehubungan dengan ini, Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak supaya berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini bagi mengelak sebarang perbicaraan melalui media (trial by media).

Tan Sri Abdul Gani Patail 
Peguam Negara Malaysia 
18 Julai 2013 

02.30 pm

JABATAN PEGUAM NEGARA, MALAYSIA
(ATTORNEY-GENERAL’S CHAMBERS, MALAYSIA) 
NO.45, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 
62100 PUTRAJAYA 
Tel. : 03 - 8872 2000 
Faks : 03 - 8890 5668 
Web : www.agc.gov.my
Emel : pro@agc.gov.my

SUMBER  http://www.agc.gov.my/pdf/Latest%20Info/press/KENYATAAN%20MEDIA%20KES%20HINA%20ISLAM%20ALVIN%20TAN%20DAN%20VIVIAN%20LEE%20DIDAKWA.pdf

BLOG ABG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Box

Comment Box

ACTIVITY FEED

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013
Diambil pada Hari Pembubaran Parlimen ke 12 selepas Mesyuarat Terakhir Kabinet 03/04/2013

BLOG ABG - LOCAL UPDATES AND POSTINGS.

ABG Posting Updates

LD Headlines