KENYATAAN MEDIA
HINA ISLAM, ALVIN TAN DAN VIVIAN LEE DIDAKWA
Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka tersebut seperti berikut:
(1) kesalahan di bawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan satu penerbitan menghasut;
(2) kesalahan di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan di atas alasan-alasan agama di antara orang yang menganut
agama yang berlainan; dan
(3) kesalahan di bawah seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002 kerana perbuatan mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/.
Pada hari ini, Khamis 18 Julai 2013, Alvin Tan dan Vivian Lee telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan-kesalahan tersebut di atas.
Tindakan untuk mendakwa mereka tersebut juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu telah diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka.
Memandangkan mereka mempunyai kecenderungan untuk
memuatnaikkan kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai, Jabatan Peguam Negara telah membuat permohonan supaya mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sementara menunggu perbicaraan.
Sehubungan dengan ini, Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak supaya berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini bagi mengelak sebarang perbicaraan melalui media (trial by media).
Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia
18 Julai 2013
02.30 pm
JABATAN PEGUAM NEGARA, MALAYSIA
(ATTORNEY-GENERAL’S CHAMBERS, MALAYSIA)
NO.45, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 PUTRAJAYA
Tel. : 03 - 8872 2000
Faks : 03 - 8890 5668
Web : www.agc.gov.my
Emel : pro@agc.gov.my
SUMBER http://www.agc.gov.my/pdf/Latest%20Info/press/KENYATAAN%20MEDIA%20KES%20HINA%20ISLAM%20ALVIN%20TAN%20DAN%20VIVIAN%20LEE%20DIDAKWA.pdf
BLOG ABG
No comments:
Post a Comment