The Blog Heading -BMT

The Blog Heading -BMT
The Abstract heading no1

BLOG ABG FLASH MESSAGE

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013
AKUJANJI BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA ( Klik Gambar untuk Akses Penuh)
Showing posts with label TERKINI #PRU13. Show all posts
Showing posts with label TERKINI #PRU13. Show all posts

Monday 15 April 2013

TERKINI #PRU13 HITS !!!! BEBERAPA INSIDEN PAKATAN HARAM DI SEPANJANG MINGGU (8 - 14 APRIL, 2013) hehehe..................gempak beb !!??!!

PETIKAN DARIPADA BEBERAPA BLOG PRO-BN...........


PORK NICK JATUH BERGOLEK.......!!!


Apo kabo sekarang ni...??? Masih nak bertanding dalam PRU13 ke ??? hehehehe.........




1a. TERKINI... NIK AZIZ HINA MARUAH MENTERI BESAR NEGERI MANA ???




Gambar ini menunjukkan Nik Aziz sudah terlalu uzur hingga terpaksa diangkat.

Masalahnya beliau tidak mahu mengakui hakikat keuzurannya lalu mengumumkan mahu terus bertanding.

Ahli dan pemimpin Pas juga seperti mendera beliau dengan membantah hasrat mengundurkan Nik Aziz.

Situasi ini seakan kisah sayang teramat pengikut Imam Khomeini.

Sewaktu kematiannya yang mana berlaku keadaan di mana habis semua kain kafan tertanggal akibat ketaksuban puak Syiah mahu ambil berkat cebisan kain hingga membuatkan mayat telanjang.

Begitulah situasi yang berlaku dan lebih hebat sedikit ialah Khomeini hina Sahabat Nabi manakala Nik Aziz hina Nabi sendiri dengan kata Nabi manusia biasa dan tidak boleh dipuja dengan Maulid Nabi ke atas baginda.

Kenyataan ini turut diulas Tun Mahathir dalam Utusan Malaysia hari ini bertajuk " bila celik mata hati. "

Semoga Nik Aziz tidak lagi terlambat bertaubat dan membetulkan semua kesilapan dan dendam kebencian agar mati dalam senyuman bukan dalam kesakitan akibat menyelewengkan Islam demi kekuasaan. - SUMBER




1b. Nik Aziz Kini Kritikal selepas pengsan semasa kempen


By Sungai Rapat on Monday, April 15, 2013





Difahamkan Nik Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan selama 23 tahun jatuh pengsan ketika berkempen tengahari tadi dan kini dilaporkan kritikal.

Kepada Allah mana pemimpin Pas nak mohon pertolongan setelah kalimah Allah telah diserahkan kepada penganut Agama Kristian.

Semoga Nik Aziz mendapat petunjuk daripada apa yang dilakukan di muka bumi ini sehingga sanggup mengkafirkan sesama Islam demi menaikkan pemimpin cina DAP sebagai pemerintah.


P/S - SUDAHLAH PORK NICK, BALA SEDANG MENIMPAMU...DAH HUKUM TEMBAK PUNN !!! 



2. Fuy00h...! Pakatan Berjaya Himpunkan 200,000 Anak Muda Di Dataran Shah Alam




Kah.. Kaaaah...... Kaaaaaah.....

Walaowei, kesiannyer....! Dah semakin sejok dah sokongan untuk Pakatan Pembangkang nie yang banyak sangat kes moral.



3.Video Skandal Seks Mustapha Ali Setiausaha Agong PAS

FRIDAY, APRIL 12, 2013








P/S - PAS SILA JAWAB ???




Menteri Besar yang akan menyertai PAS dalam masa terdekat ialah ..........siapa tahu???? Semua orang tidak tahu. Tetapi pimpinan PAS sudah tahu. Namun jangan yakin sangat kerana Umno sudah tentu akan mengambil apa juga tindakan bagi memastikan orang itu tidak akan masuk PAS.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.


Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

Mungkinkah salah seorang dari mereka yang dalam gambar ini akan masuk PAS.


5. SENARAI CALON-CALON PKR SELANGOR

Depan lebih 10,000 rakyat Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .


Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.


Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah Mohamed Azmin Ali (Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan William Leong (Selayang).

Muka baru pula ialah Dr Aziz Bari (Sabak Bernam), Manivanam Govindasamy (Kapar), Wong Chen (Kelana Jaya), Rafizi Ramli (Pandan) manakala bertanding semula, Khalid Jaafar (Hulu Selangor).


Calon DUN Selangor yang mempertahan kerusi ialah Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Suhaimi Shafiei (Seri Muda), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Haniza Talha (Taman Medan), Amir Shaari (Batu Caves), Gan Pei Nei (Rawang) dan Yahya Sahari (Permatang).

Muka baru ialah Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang), Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).

Tan Sri Khalid Ibrahim pula berpindah dari DUN Ijok ke DUN Pelabuhan Klang manakala Manickavasagam berpindah dari kerusi Parlimen Kapar ke DUN Bukit Malawati.

Sumber : Keadilandaily


Admin - CALON2 PKR yang akan ditolak oleh rakyat sepenuhnya di Selangor !!! Kepada PAS..........
Piiiirrrrraaaaahhhhhh !!!! Jangan mimpilah PAS PIS PUSS !!! Settle dulu kes STOPAMAN tu !! 

BLOG ABG

Thursday 11 April 2013

SATU LAGI BENTUK PROVOKASI PAKATAN HARAM MENGGANGGU GUGAT KESTABILAN DAN KESELAMATAN NEGARA !!!

SATU LAGI DOKUMEN SULIT PAKATAN PEMBANGKANG TERBONGKAR! #PRU13

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini tampil mengemukakan bukti wujudnya perancangan untuk menimbulkan kekacauan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dikatakan akan didalangi oleh PKR dan BERSIH.




Menurut beliau, maklumat serta dokumen yang diterimanya menunjukkan terdapatnya satu strategi licik untuk menggangu kelancaran pilihan raya dengan mencetuskan kekacauan yang akan menjejaskan imej dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di mata umum.
"Kami telah menerima maklumat gangguan tertentu dan dokumen berkaitan yang menunjukkan terdapat rancangan jahat pihak tertentu pada hari mengundi PRU13 yang akan datang.

"Maklumat dan dokumen ini mendedahkan suatu strategi licik untuk mengganggu PRU13 dengan mencetuskan kekacauan dan akibatnya merosakkan imej SPR untuk melemahkan keyakinan umum terhadap integriti proses pengundian demokrasi kita," katanya pada satu sidang media di Hotel Eastin, Petaling Jaya.

Tunku Aziz berkata pihaknya difahamkan terdapat agen-agen yang menerima latihan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Tindak Malaysia untuk mencetuskan kekecohan itu.

“Kami difahamkan yang sesi latihan telah diberikan kepada Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/Barong, dikenali sebagai PACABA, oleh sebuah NGO digelar Tindak Malaysia.

"Salah satu aspek khas sesi latihan ini ialah berkaitan dengan mengajar pengundi bagaimana untuk menjaga kesulitan undi mereka iaitu dengan memohon supaya kertas undi mereka ditukar kepada kertas yang lain," ujarnya lagi.

Jika permintaan pengundi itu ditolak oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM), agen undi yang bertugas pada hari tersebut diajar untuk menyokong permintaan tersebut dan memberikan tekanan terhadap KTM.

“Orang yang menghadiri latihan tersebut diajar untuk menjadi lebih vokal dan berani untuk mencabar kerani yang bertugas dan juga KTM dengan menyatakan ianya satu kesalahan pilihan raya sekiranya mereka enggan melayan permintaan pengundi.

“Agen undi yang bertugas itu juga telah dilatih untuk menyokong permintaan seumpama ini oleh pengundi dan membuat bantahan terhadap KTM yang akan membantu memberi tekanan kepada KTM,” jelas beliau.

Semua ini kata Tunku Aziz, direka semata-mata untuk mencipta pandangan negatif terhadap SPR dengan membangkitkan kemarahan umum.

Tunku Aziz turut menampilkan bersamanya satu dokumen berkepala surat PKR bertarikh 15 Disember 2012 yang menyenaraikan pelbagai langkah untuk mencetuskan kekecohan dan ketidakpuasan terhadap SPR pada hari pengundian.


Video : Penjelasan Tunku Aziz


Video : penjelasan Tunku Aziz



Langkah-langkah yang dinyatakan di dalam dokumen tersebut adalah seperti berikut:
- Wujudkan kekecohan di Pusat Mengundi. Cuba dengan sebaik mungkin untuk orang ramai berasa kurang senang dan kecewa dengan kelemahan pengurusan.
- Wujudkan kumpulan pengundi yang melakukan kekecohan. Protes sebanyak mungkin walaupun nampak remeh, tetapi wujudkan rasa benci pengundi kepada SPR.
- Ejen kita di dalam tempat mengundi juga perlu melakukan protes sejak awal pagi.
- Pastikan barisan mengundi menjadi panjang dan tidak terkawal.
- Beri tekanan berterusan kepada KTM (mereka hanyalah kalangan guru yang bekerja sementara untuk SPR – sebahagian besar adalah penyokong kuat kita).

Kawasan Parlimen yang ditumpukan untuk kekecohan ialah Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam di mana unit media baru mereka akan membangkitkan kemarahan menggunakan media baru.

Sehubungan itu, Tunku Aziz mencabar pemimpin-pemimpin setiap parti politik di negara ini menandatangani deklarasi umum menyatakan ikrar mereka untuk tidak akan terlibat dengan sebarang kekecohan semasa PRU13 berlangsung 5 Mei depan.



“Kami mencabar semua parti politik yang bakal menyertai pilihanraya untuk menandatangani deklarasi umum bahawa mereka tidak akan dalam sebarang keadaan sama ada secara langsung atau tidak terlibat dalam sebarang tindakan untuk mengganggu proses pengundian pada hari mengundi.

“Hari ini kami akan menghantar jemputan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) atau wakil beliau, Presiden PAS atau wakil beliau, Pengerusi DAP atau wakil beliau dan Presiden PKR atau wakil beliau untuk upacara menandatangani deklarasi tersebut pada hari Sabtu, 13 April pada pukul 11 pagi di Eastin Hotel, Petaling Jaya,” katanya. - AntaraPos

ADMIN - MEMANG CELAKA PAKATAN HARAM NI !!!

BLOG ABG

Friday 5 April 2013

TERKINI #PRU13 - ANWAR UMUM TANDING DI PERAK !!! BUKA KELENTONG ATAS SEJARAH HIDUPNYA DI PERAK SELAMA 7 TAHUN DI MCKK, 2 TAHUN DI KAMUNTING ???

LIVE !!! ANWAR IBRAHIM TENGAH KENCING RAKYAT MALAYSIA DI GERIK, PERAK !!!



Pengumuman Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengesahkan akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini dilihat sebagai satu tindakan serampang dua mata. Menurut sumber yang diterima,ia ekoran dari gelombang penolakan orang Islam dan Melayu yang semakin mengenali makhluk ‘dua alam’itu. Ini kerana dikhabarkan majoriti pengundi di Pematang Pauh telah mula bosan dengan sindrom penafian Anwar yang sehingga kini gagal menjawab semua dakwaan berhubung isu salah laku moral yang dikaitkan ke atas dirinya. Selain gagal memberikan khidmat yang cemerlang untuk para pengundi di kawasan, Anwar juga dikatakan jarang meluangkan masa untuk berjumpa dengan masyarakat setempat yang suatu ketika dahulu merupakan penyokong kuatnya. Maka telah mula kedengaran di kalangan pengundi di Permatang Pauh untuk menolak Anwar sekiranya dia masih mencalonkan dirinya dalam pilihanraya akan datang.Menurut sumber pula,tindakan Anwar yang membuat pengumuman awal senarai calon PKR juga telah menimbulkan kemarahan di kalangan beberapa pimpinan pusat dan ketua-ketua peringkat cabang. Ini disebabkan kerana,ia telah memberikan kesan buruk,selain menimbulkan perpecahan di kalangan penyokong peringkat akar umbi. Yang nyata,ramai yang tidak berpuas hati apabila Anwar menolak kepimpinan cabang sebagai calon pilihanraya,hanya kerana ingin memberi laluan kepada calon luar yang dikatakan sebagai ‘giant killer’.

Ekoran itu,ramai yang dikatakan telah mengambil keputusan untuk tidak akan mengundi calon PKR. Malah ada yang mengatakan akan memberikan undi kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan sabotaj ke atas kepimpinan Anwar,lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mengambil tindakan untuk keluar parti dan membubarkan ranting PKR.Terbaru,Ketua Bahagian PKR Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan juga antara yang dikatakan akan meninggalkan PKR untuk menyertai UMNO selepas 40 orang ahli PKR termasuk Ketua Pemuda PKR Sungai Siput mengambil langkah yang serupa. Sebelum ini,seramai 64 ahli PKR di Parlimen Pasir Salak nekad mengikut jejak langkah 120 ahli dan jentera PKR,Cabang Padang Rengas yang nekad untuk keluar parti. Inilah yang dikatakan sebagai rahmat dari Allah SWT, kerana semakin ramai yang telah diberikan petunjuk untuk menilai makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin ‘anugerah tuhan’ itu.  Lihat sahaja mengenai berita tentang tokoh-tokoh tertentu dalam masyarakat dan bidang akademik yang telah mula menjauhkan diri dari Anwar Ibrahim.

Mereka dikatakan tidak lagi mahu menyokong perjuangan yang berpaksikan kepada kepentingan peribadinya itu. Mereka itu pula bukan golongan baru belajar berfikir dan menganalisis, Tetapi merupakan tokoh yang amat disegani di dalam dan di luar negara. Prof Datuk Dr. Sidek Baba sebagai contoh merupakan antara ‘hardcore’ yang boleh diibaratkan sebagai panglima perang Anwar. Ini kerana di UIA, beliau adalah merupakan pemangkin pada gerakan menaikkan Anwar di kalangan masyarakat intelektual serta dunia pelajar. Selain mereka,Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa juga dilihat telah‘berkerat rotan’ dengan Ketua Umum PKR, walau pun pada peringkat awal meraka antara yang turut serta dalam gerakan Anwar. Perkataan Pas diresapi parasit adalah komen pertama Hasan meninggalkan perjuangan Pas sebagai merujuk kepada usaha Anwar mencatur agenda Pas dari luar. Persoalannya,apakah mereka yang masih bersama PKR ini tidak sedar dan tidak tahu lagi akan hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim ???  Hakikatnya ‘KEADILAN’ dalam PKR hanyalah merupakan retorik semata-mata.Ini kerana perjuangan PKR untuk Anwar Ibrahim, jangan nak tipu saya, saya tahu siapa anwar ibrahim kerana saya bersama keADILan pada tahun 1997 sampai 2000. Dari dulu sampai sekarang ahli politik yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri ini memang tidak pernah dengar pandangan orang lain. Asyik veto,asyik saman, asyik pergi hotel jumpa budak muda yang akhirnya menyebabkan ahli-ahli PKR semakin diabaikan oleh Anwar.

SAKSIKAN ANWAR IBRAHIM LIVE STREAM SEKARANG DI GERIK,PERAK !!!


source - Badut Rakyat

Komen - Nanti........
BLOG ABG

TERKINI #PRU13 : APABILA TERBUBAR PARLIMEN - MAKSUD KERAJAAN SEMENTARA.

EKSKLUSIF !! ANDA TAHU APA MAKSUD KERAJAAN SEMENTARA? ADAKAH IA HARAM ? WAJIB BACA !!!



Adakah jemaah Kabinet terbubar secara automatik dengar terbubarnya Parlimen?Persoalan sama, adakah barisan EXCO di negeri-negeri juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN). Persoalan ini menjadi penting dalam perkembangan semasa tanah air. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri negeri tidak mempunyai peruntukan khusus berkaitan pembubaran barisan jemaah Kabinet dengan terbubarnya Dewan Rakyat. Dengan kata lain, Perlembagaan tidak menyatakannya dengan terperinci. Selepas diteliti perbincangan ketika penggubalan Perlembagaan, saya dapati jemaah menteri juga terbubar dengan sendirinya selepas berlakunya pembubaran Parlimen sama ada pembubaran secara automatik selepas tamat tempoh hayat Parlimen atau Parlimen dibubarkan atas permintaan Perdana Menteri dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong. (Hanya Dewan Rakyat yang terbubar, Dewan Negara tidak terbubar). Hujah di sini ialah asas lantikan anggota jemaah menteri ialah kedudukannya dalam Majlis Parlimen sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Apabila Parlimen terbubar, maka asas lantikan itu tiada lagi. Atas dasar kehilangan asas keahlian itu, anggota jemaah menteri hendaklah melepaskan jawatannya. Dengan itu, boleh difahami bahawa jemaah menteri adalah juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Rakyat.


Terus jadi amalan



Justeru, dengan terbubarnya jemaah menteri, timbullah persoalan sama ada perlu atau tidak dibuat pelantikan khusus sebuah kerajaan sementara bagi menggantikan jemaah menteri yang terbubar itu. Jemaah menteri yang melaksanakan pentadbiran ketika Parlimen terbubar inilah yang sering disebut sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker government’. Ia merujuk kepada kerajaan yang mentadbir negara dalam keadaan ketiadaan Parlimen untuk satu masa tertentu sehinggalah kerajaan baru dibentuk. Dalam negara yang matang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah menjadi amalan bagi kerajaan yang memerintah sebelum itu untuk terus menjadi kerajaan sementara. Bagi negara kita, inilah amalan dilakukan selama ini selepas 12 pilihan raya umum (PRU) berlangsung selepas merdeka. Perlu disebut bahawa Perlembagaan kita tidak menggunakan istilah kerajaan sementara. Amalan itu bukanlah sesuatu yang ‘haram’ atau bertentangan dengan Perlembagaan. Perlembagaan tidak mewajibkan atau tidak meletakkan syarat secara tersurat mengkehendaki penubuhan kerajaan sementara. Amalan ini sudah menjadi fahaman atau ideologi dalam konvensyen demokrasi kita.


Bahagian akhir Perkara 43



Walau apapun, dalam perbicaraan ketika penggubalan Perlembagaan juga, bahagian akhir Perkara 43 menyatakan bahawa selepas Parlimen terbubar Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik jemaah menteri seperti disebut dalam Perkara 43. Maka,kita dapati Perkara 43(2) membuat peruntukan yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat lantikan jemaah menteri ketika Parlimen terbubar. Perkara sama menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh melantik anggota jemaah menteri terdahulu, tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak terikat dengan kriteria itu. Dengan kata lain, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam menentukan keanggotaan jemaah menteri yang dibuat ketika Parlimen terbubar. Sementara itu,semua negeri mempunyai peruntukan sama dengan memberi kuasa kepada Raja-Raja atau Sultan masing-masing. Oleh itu, dalam amalan sistem demokrasi berparlimen,ia sudah menjadi amalan untuk jemaah menteri daripada mandat Parlimen yang terbubar itu meneruskan tugas sebagai menteri tanpa lantikan khusus.


Tanggungjawab Kerajaan Sementara


Walau apapun, kita harus menitikberatkan dua perkara dalam membincangkan hal tugas dan kuasa kerajaan sementara. Dua bidang tugas utama kerajaan sementara ialah melaksanakan pentadbiran harian dan memastikan pilihan raya umum berjalan secara adil dan lancar. Kerajaan sementara hendaklah bersifat seimbang atau neutral dan juga tidak mempengaruhi penjawat awam dalam hal berkaitan pilihan raya Kerajaan sementara juga tidak boleh mempengaruhi tindakan atau keputusan badan yang mengendalikan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negara kita. Bagi mencapai tahap matang demokrasi, kerajaan sementara hendaklah mempunyai sifat saksama yang tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak sama ada dalam melaksana pentadbiran harian atau juga pilihan raya umum.Dalam keadaan seperti ini, kita tidak perlu memberikan penekanan yang tidak perlu kepada lantikan khusus kerajaan sementara. Tetapi, dua perkara berkaitan tanggungjawab kerajaan sementara itu yang perlu diambil perhatian. Sekiranya ada persoalan kredibiliti,barulah diperlukan sebuah kerajaan sementara yang dilantik khusus oleh Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan kuasa budi bicara baginda.


SUMBER : BADUT RAKYAT (TQ BRO)
BLOG ABG

Thursday 4 April 2013

TERKINI #PRU13 : SELANGOR NEGERI PEMBANGKANG PERTAMA BUBAR DUN




Di sebalik ding-dong Khalid, Selangor negeri pembangkang pertama bubar DUN





Selangor menjadi negeri pertama pakatan pembangkang yang bubar Dewan Undangan Negeri secara rasmi selepas Sultan Sharafudin Idris Shah menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN, kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Sebelum ini, Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sering buat ding dong mengenai hasrat mereka mahu bubar DUN.

Khalid berkata DUN Selangor dibubarkan secara rasmi di hadapan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri di Istana Alam Shah, petang tadi.

"Dengan pembubaran ini, ia memberi peluang kepada rakyat Selangor memilih kerajaan baru di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dijangka bubar DUN masing-masing esok.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng pagi tadi menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Guan Eng dilihat memasuki perkarangan Sri Mutiara kira-kira pukul 9.30 pagi dan meninggalkan kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri itu pada pukul 10.10 pagi tadi.

Bagaimanapun, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri selepas itu, Guan Eng akan mengadakan sidang akhbar mengenai pembubaran DUN esok.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pagi tadi bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN Kedah.

Azizan menghadap baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur sambil diiringi Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Datuk Anas Ahmad Zaki kira-kira pukul 10 ini.

Menteri Besar Kedah itu dijangka menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini pada pukul 9 pagi esok sebelum boleh menetapkan tarikh pembubaran DUN Kedah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga dijangka mengadap Sultan Kelantan esok untuk memohon perkenan membubarkan DUN, ini bagi membolehkan pilihanraya serentak dilaksanakan di seluruh negara.

Semua negeri pakatan akan bubar untuk pilihanraya serentak

Nampaknya semua empat negeri pakatan pembangkang Kelantan,Pulau Pinang,Kedah dan Selangor akan bubar Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk pilihanraya serentak dengan Parlimen.

Jadi isu pilihanraya DUN berasingan dengan Parlimen tidak timbul lagi.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tengahari Rabu sudah memberi pengakuan untuk bubar sekali.

Cuma masa belum ditetapkan untuk mengadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenaan bubar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, juga menyatakan persetujuan bubar serentak.

Beliau akan mengadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas untuk mendapat perkenan pembubaran DUN di kediaman rasmi Seri Mutiara, Georgetown 9.30 pagi esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata tarikh pembubaran DUN Kedah akan diketahui paling awal esok selepas beliau menghadap Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kuala Lumpur.

Selain Yang Dipertuan Agong, beliau akan turut menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk memaklumkan perkenan pembubaran DUN itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah pengadap Sultan Selangor petang Rabu.

Kemudiannya beliau memberitahu menerusi satu kenyataan akan umum pembubaran DUN esok.(4/4/2013).

Sebelum ini Khalid sahaja yang cetus ding dong mengenai tarikh pembubaran DUN.-3/4/2013


BLOG ABG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Box

Comment Box

ACTIVITY FEED

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013
Diambil pada Hari Pembubaran Parlimen ke 12 selepas Mesyuarat Terakhir Kabinet 03/04/2013

BLOG ABG - LOCAL UPDATES AND POSTINGS.

ABG Posting Updates

LD Headlines