The Blog Heading -BMT

The Blog Heading -BMT
The Abstract heading no1

BLOG ABG FLASH MESSAGE

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013
AKUJANJI BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA ( Klik Gambar untuk Akses Penuh)

Tuesday, 21 May 2013

Kenyataan Pengerusi SPR jawab dakwaan Anwar pasal 'undi popular'



Merujuk kepada laporan media berhubung isu jumlah undi popular yang diperoleh parti-parti pembangkang, iaitu sebanyak 5,623,984 yang lebih tinggi daripada jumlah undi popular yang diperoleh parti BN, 5,237,699 yang mana mengikut dakwaan AnwarIbrahim sepatutnya parti pembangkang boleh membentuk kerajaan, tetapi mengikut
undang-undang pilihan raya di Malaysia parti BN yang telah disahkan menang dalam
PRU Ke-13 dan layak untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Berhubung dengan kekeliruan ekoran dari dakwaan pihak Anwar Ibrahim itu,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menjelaskan kepada rakyat bahawa di bawah
sistem dan undang-undang pilihan raya yang diguna pakai di Malaysia, sejak pilihan
raya umum pertama (1959) hingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13), adalah
berlandaskan kepada sistem yang menentukan kemenangan mengikut majority
mudah (simple majority) serta bersandarkan kepada perwakilan mengikut kawasan
(Constituency Representation System) yang digunapakai sejak Pilihan Raya Umum
pertama hingga PRU Ke-13.

Berasaskan kepada sistem tersebut, calon yang menang dalam pertandingan bagi
sesuatu bahagian pilihan raya walaupun memperoleh majoriti satu undi, calon itu
diisytiharkan sebagai calon yang dipilih (menang dalam pilihan raya). Berasaskan
kepada asas yang sama, ia digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk
menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat ataupun di peringkat negeri, iaitu parti
yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) yang terbanyak walau pun memperoleh
majoriti satu kerusi, berdasarkan kepada undang-undang parti berkenaan diisytiharkan
menang dan berhak membentuk kerajaan.

Ini bermakna penentuan parti yang berhak membentuk kerajaan bukan berasas kepada
jumlah undi popular, iaitu jumlah bilangan besar undi yang diperoleh. Dalam konteks
ini, walaupun walaupun parti-parti pembangkang telah pun memperoleh jumlah besar
undi sebanyak 5,623,984, mereka hanya berjaya memenangi 89 (kerusi) bahagian pilihan
raya saja. Walaupun parti BN memperoleh jumlah besar undi 5,237,699, namun dari
sudut jumlah bahagian pilihan raya BN telah memenangi sebanyak 133 (kerusi) bahagian
pilihan raya di peringkat Parlimen dan berhak untuk membentuk kerajaan di peringkat
pusat.

Sistem pilihan raya tersebut itu di panggil sistem First Past The Post, iaitu calon yang
memenangi kerusi terbanyak dan menjadi wakil rakyat bagi bahagian pilihan raya yang
berkenaan sama ada bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Dalam PRU Ke-13

Berhubung dengan 8 perkara yang didakwa oleh Anwar, SPR perlu menjelaskan
bahawa Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 merupakan Daftar Pemilih
yang diwartakan dan telah melalui proses pembersihan yang terperinci melalui semakan
online dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih seperti yang terdapat

dalam pangkalan data (data base) warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Daftar pemilih yang telah digunakan dalam PRU Ke-13 adalah daftar pemilih yang
terbersih mungkin yang disediakan oleh SPR. Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih
menggunakan no.kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai identifier pendaftaran,
maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU Ke-13.

Melalui sistem pendaftaran ini, tidak ada sesiapa yang bukan warganegara sama ada
dia Bangladesh, Indonesia, China atau India, yang dapat mendaftar sebagai pengundi.
Selain itu Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 adalah Daftar Pemilih
yang sah dan diwartakan serta muktamad. Adalah mustahil untuk memasukkan nama-
nama pengundi tambahan selepas sesuatu Daftar Pemilih itu diwartakan untuk tujuan
pilihan raya. Oleh yang demikian andaian dan dakwaan kononnya terdapat 40 ribu warga
Bangladesh yang diangkut untuk mengundi dalam PRU Ke-13 baru-baru ini adalah
satu kenyataan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang
diwartakan itu adalah muktamad.

Dalam PRU Ke-13 juga, SPR telah melaksanakan proses Pengundian Awal bagi
anggota polis dan tentera serta pasangan. Proses Pengundian Awal adalah sebagai
menggantikan proses pengundian secara pos yang dilaksanakan bagi golongan kategori
pengundi tersebut. Dalam PRU Ke-13, urusan Pengundian Awal telah dijalankan pada
30 April 2013 yang melibatkan seramai 235,826 pengundi golongan anggota polis dan
tentera serta pasangan.

Selaras dengan tuntutan utama yang dibuat oleh parti-parti politik pembangkang dan
badan-badan bukan kerajaan tertentu dakwat kekal juga telah digunakan dalam PRU
Ke-13. SPR ingin menegaskan bahawa, penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya
adalah hanya sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelakkan
sebarang percubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak
bertanggungjawab. Berdasarkan kepada undang-undang pilihan raya, asas utama untuk
menyemak identiti pengundi dan kaedah memastikan pengundi tidak dapat mengundi
lebih dari sekali ialah senarai nama di dalam Daftar Pemilih yang diguna pakai di setiap
Saluran/Tempat Mengundi pada Hari Pengundian. Jika nama seseorang itu tidak terdapat
dalam Daftar Pemilih atau namanya telah dipotong kerana telah mengundi, pengundi
itu tidak akan dapat mengundi lebih dari sekali. Ini bermakna pengundian berganda tidak
akan berlaku dalam proses pengundian di negara ini.

Tempoh rasmi kempen selama 15 hari telah ditetapkan untuk parti-parti politik
berkempen dalam PRU Ke-13, iaitu dari 20 April hingga 5 Mei. Oleh yang demikian,
dakwaan oleh Anwar Ibrahim yang menuduh SPR tidak melaksanakan apa-apa
penambahbaikan dalam PRU Ke-13 merupakan satu pembohongan yang besar untuk
mengelirukan rakyat serta fitnah semata-mata.

Sekian dan terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
10 Mei 2013
BLOG ABG

1 MALAYSIA: Mari kita berkenalan dengan askar cyber upahan DAP...

1 MALAYSIA: Mari kita berkenalan dengan askar cyber upahan DAP...: Perang alam maya telah bermula sejak empat tahun yang lepas. DAP mempunyai tentera mereka yang diberi nama RED Bean Army. Modus operandi ...

BLOG ABG

Lahad Datu: Dokumen tiga pemimpin pembangkan​g ke Peguam Negara | Muka Hadapan

Lahad Datu: Dokumen tiga pemimpin pembangkan​g ke Peguam Negara | Muka Hadapan

BLOG BN 2013

Sunday, 19 May 2013

BADUT RAKYAT: KANTOI !!! #PRU13 !!! AKHBAR CINA SALAHKAN DAP ???...

BADUT RAKYAT: KANTOI !!! #PRU13 !!! AKHBAR CINA SALAHKAN DAP ???...: PRU-13 memperlihatkan kesumat kaum Cina yang tidak pernah padam kerana terpaksa menerima pemerintahan kerajaan Melayu.Jelas,mereka berad...

BLOG BN 2013

Saturday, 18 May 2013

CINA TIADA PILIHAN !!! TAAT ATAU TERIMA PADAH.....!!!

Cina Perlu Pilih Antara Malaysia 1st atau Chinese 1st


Kaum Cina Malaysia sebelum ini begitu galak menghentam sesiapa sahaja yang mempertahan hak Melayu atau yang mempersoal kesetiaan mereka kepada negara.

Tidak perlu pun menghina kaum Cina, tetapi sekadar memetik sejarah dengan mengingatkan mereka bahawa mereka adalah kaum pendatang juga, pasti akan menerima padahnya. Mereka tidak akan berhenti menyalak selagi yang terlibat tidak diambil tindakan.

Namun, bila pihak mereka menghina negara ini, orang Melayu, agama Islam dan kerajaan serta pihak berkuasa sehingga ke tahap memuatnaik penghinaan tersebut ke internet, ia tetap wajib dimaafkan. Jika tidak mereka akan menyalak juga bahawa kerajaan kejam.

Untuk menutup sikap berat sebelah serta pengkhianatan dan kebiadapan mereka, mereka tidak henti-henti memomokkan bahawa UMNO itu rasis atau Perkasa itu pelampau Melayu. Tuduhan ini dimainkan tanpa henti sehingga ia melekat kuat di hati dan pemikiran kaum itu.

Kononnya, mereka adalah kaum yang ditindas oleh UMNO dan Perkasa pula ingin meningkatkan penindasan tersebut. Kononnya kesemua kaum di Malaysia sukar untuk bersatu selagi kedua-dua organisasi ini yang menghalangnya. Malah mereka sering menyeru untuk kedua-dua organisasi ini mendahulukan ëMalaysiaí sebelum ëbangsaí (Malaysia 1st, Malay 2nd).

Hakikatnya, itulah yang UMNO dan Perkasa mahukan iaitu agar semua kaum mendahulukan Malaysia sebelum bangsa. Kerana itu juga kita mendesak kepada sistem satu sekolah untuk semua. Kerana itu juga kita inginkan semua kaum memperkasakan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk memudahkan pergaulan tetapi juga untuk menjulang erti Malaysia 1st seperti yang dilaungkan kaum Cina.

Tetapi, yang menolak segala usaha ke arah ëMalaysia 1stí ini sebenarnya adalah kaum Cina sendiri.

Sudah terlalu banyak kali kita menyaksikan bagaimana kesetiaan mereka terhadap negara ini tidak asli. Lihat sahaja bagaimana Namewee menghina negara ini dan tiada seorang pun dari kaum Cina yang mengecam perbuatannya.

Lihat sahaja siapa yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan BANGGA!? Malah, akbhar Utusan Malaysia hari ini juga telah mengulas tentang bagaimana kaum Cina yang sering memalukan Malaysia di luar negara.

Bukan kita tidak tahu begitu ramai kaum Cina yang keluar negara untuk belajar atau berhijrah gemar sekali memburuk-burukkan Malaysia tanpa sedikit pun rasa bersalah. Tiada sedikit pun rasa sayangnya kepada negara ini seolah-olah hidup mereka di sini tersangat susah, seolah-olah Malaysia begitu buruk, hodoh lagi busuk.

Sedangkan hakikatnya, di negara inilah mereka menikmati kemewahan malah diberi tempat di dalam kerajaan yang mana hampir mustahil bagi minoriti di negara lain. Malah, hanya di negara ini mereka dapat menubuhkan sekolah berasingan untuk bangsa mereka dengan diiktiraf dan dibantu kerajaan.

Hanya di negara ini mereka dibenarkan mencetak akhbar dalam bahasa ibunda yang giat menghasut dan memburukkan kerajaan. Hanya di negara ini, hari perayaan agama dan adat mereka diiktiraf sebagai cuti umum.

Namun, semua ini langsung tidak dihargai oleh mereka. Apabila BERSIH berdemonstrasi di sini, mereka yang berada di luar negara turut sama memakai baju kuning mengangkat sepanduk, bangga memfitnah negara sendiri.

Lihat saja apa yang terjadi kepada kaum Cina Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terlalu ghairah membenci negara sendiri konon kejam dan terkongkong, mereka lupa bahawa negara yang mereka puja-puja sebagai sempurna itu adalah jauh lebih mengongkong lagi.

Akibatnya, mereka ditahan dan diambil tindakan tanpa bercakap banyak oleh pihak berkuasa negara itu sedang rakan-rakan mereka di Malaysia masih terus bebas berhimpun mencabar kerajaan di sana sini.

Oleh itu, pesan kita kepada kaum Cina hanya satu iaitu jika ingin terus membuat kerosakan, sekurang-kurangnya janganlah hipokrit. Usahlah berpura-pura setia kepada negara kerana semua orang tahu bahawa anda membenci negara ini.

Usah berpura-pura melaungkan ketelusan kerana parti DAP sendiri adalah bapa kepada segala ketidaktelusan sehinggakan ahli sendiri pun ditipunya secara terbuka dengan memanipulasi pemilihan CEC.

Usah berpura-pura kononnya ditindas kerana satu dunia tahu bahawa ekonomi negara ini dikuasai Cina.

Usah berpura-pura dengan melaung dan berhimpun konon tiada kebebasan bersuara sedangkan laungan dan himpunan itu sendiri telah menyatakan sebaliknya.

Usah berpura-pura inginkan perpaduan kerana perjuangan mempertahankan Sekolah Vernakular dengan sendirinya membuktikan bahawa kaum Cina tidak inginkan perpaduan.

Usah berpura-pura inginkan keadilan kerana perjuangan ke arah kesamarataan itu sebenarnya adalah helah untuk menelan kaum lain. Jika benar inginkan kesamarataan, maka kaum Cina perlu terlebih dahulu membahagi-bahagikan 80% bahagian mereka dalam kek ekonomi negara kepada kaum-kaum lain.

Justeru, pendek kata, usah berpura-pura lagi dan berdirilah atas perjuangan yang sebenar iaitu kaum Cina hanya pentingkan diri. Berkata benarlah bahawa apa yang kaum Cina perjuangkan hari ini hanyalah satu iaitu; untuk meletakkan kaum mereka di tempat paling utama atau Chinese 1st, Malaysia last.

Hakikat ini sudah jelas dan yang pasti kaum Cina sendiri sudah tidak dapat menafikannya. Justeru, kerajaan dan semua rakyat Malaysia wajar menerima hakikat ini dan menanganinya sebaik mungkin agar negara tidak hancur gara-gara ketamakan kaum Cina.


Sumber : Sg. Rapat Online

BLOG ABG

RBF Online: Kegagalan 'War Room' Menyumbang Kepada Kekalahan B...

RBF Online: Kegagalan 'War Room' Menyumbang Kepada Kekalahan B...: Sebelum daripada ini dah banyak pihak bercakap tentang war room yang banyak membuat keputusan dan menasihati Pengerusi BN, Datuk Ser...

BLOG ABG

House PK: HOUSE PK MENYOKONG PENUH KENYATAAN DATO SERI ZAHID...

House PK: HOUSE PK MENYOKONG PENUH KENYATAAN DATO SERI ZAHID...: Apabila Dato Seri Zahid Hamidi keluarkan kenyataan yang aku sokong 1000% maka mulalah Pakatan Haram menggelupor sebab Zahid kata kalau ...

BLOG ABG

en



BLOG ABG

Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British



BLOG ABG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Box

Comment Box

ACTIVITY FEED

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013
Diambil pada Hari Pembubaran Parlimen ke 12 selepas Mesyuarat Terakhir Kabinet 03/04/2013

BLOG ABG - LOCAL UPDATES AND POSTINGS.

ABG Posting Updates

LD Headlines