The Blog Heading -BMT

The Blog Heading -BMT
The Abstract heading no1

BLOG ABG FLASH MESSAGE

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013
AKUJANJI BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA ( Klik Gambar untuk Akses Penuh)

Saturday 6 April 2013

TERKINI #PRU13 - NUAR TAK BERANI BERTANDING DI NEGERI PERAK !!! UMUM PERTAHAN KERUSI PERMATANG PAUH !!!

PANAS TERIK!! SAH..!! Anwar umum pertahan kerusi Permatang Pauh !!!



BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menamatkan teka tekinya mengenai kononnya akan berpindah kawasan Parlimen apabila mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Dalam ceramah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Padang Awam Taman Pauh, beliau memberi alasan untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu atas sokongan rakyat di kawasan itu.

Katanya, hasrat awal beliau mahu bertanding di Tambun, Perak bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sana tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan berasa terhutang budi dengan penduduk di Parlimen Permatang Pauh.

“Mengikut perancangan awal memang saya nak bertanding di Tambun tetapi selepas beberapa pertemuan dengan penduduk di Permatang Pauh, mereka mahu saya terus pertahankan kerusi di sini,” katanya. - Bernama


admin -   hahaha...... di Perak sebenarnya tidak diterima dan dibenci rakyat !!!

BLOG ABG

KERIS MELAYU: TERKINI #PRU13 : WAN AZIZAH DAN ANWAR BERSELISIH...

KERIS MELAYU: TERKINI #PRU13 : WAN AZIZAH DAN ANWAR BERSELISIH...: HOT : SANDIWARA WAN AZIZAH TIDAK BERTANDING TERBONGKAR..MARAH RUPANYA..?? #GE13 #tolakPR Pelikkan..Presiden parti terpaksa berkorban...

KERIS MELAYU@blogger

Friday 5 April 2013

Terkini #PRU13 - Senarai Calon pakatan haram - semasa..........


Terkini!! Senarai Calon Pakatan Rakyat Setakat Jam 7 Malam Tadi!



Portal berita Free Malaysia Today (FMT) kononnya memetik sumber dari seorang peguam, Adrian Ng yang mendedahkan senarai calon Pakatan Rakyat sebenarnya dipetik dari senarai yang dipaparkan dalam blog Jalan Pulang.


Bezanya, FMT menyenaraikan nama calon berdasarkan kepada susunan mengikut negeri sedangkan Jalan Pulang menyusun nama dan kawasan parlimen mengikut parti.


Bagaimanapun, kesemua maklumat berkaitan nama dan kawasan parlimen yang ditandingi calon-calon Pakatan Rakyat SAMA seperti yang dipaparkan dalam blog ini dari semasa ke semasa sejak dimulakan pada 30 Mac lalu.


Kemas kini nama calon dan kawasan parlimen dilakukan secara berkala setiap kali mendapat maklumat dan perkembangan terkini dari sumber yang dipercayai.


Berikut senarai terkini setakat jam 7 malam ini dan akan dikemas kini malam ini berikutan pengumuman Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang akan mengumumkan senarai calon parti itu bermula malam ini di Gerik, Perak.


Inilah senarai terkini yang dikumpulkan pasukan Jalan Pulang dan senarai ini juga diambil oleh blog-blog Pakatan Rakyat, juga blog pro Barisan Nasional!


SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)



1. Lumut - atau Padang Rengas - Anwar Ibrahim (belum disah dan diumumkan)

2. Gombak - Azmin Ali (penyandang)

3. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar

4. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman

5. Batu - Tian Chua (penyandang)

6. Sembrong - Onn Abu Bakar

7. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein

8. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)

9. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)

10. Kuala Kedah - Dr Azman Ismail

11. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)

12. Padang Serai - N Surendran

13. Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty

14. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub

15. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)

16. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)

17. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)

18. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)

19. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari

20. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)

21. Pandan - Rafizi Ramli

22. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin

23. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh

24. Saratok - Ali Biju

25. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit

26. Baram - Roland Engan

27. Limbang - Baru Bian

28. Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti)

29. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong

30. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)

31. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)

32. Batu Pahat - Dr Idris Jauzi

33. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung

34. Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (penyandang)

35. Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (penyandang)

36. Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (belum diumumkan)

37. Sibuti - Dr Michael Teo Yu Keng (belum disah dan diumumkan)

38. Tebrau - Steven Choong Siow

39. Muar - Nor Hizwan Ahmad

40. Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (belum diumumkan)

41. Tanjong Malim - Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (belum diumumkan)

42. Labuan - Ibrahim Menudin (disahkan tetapi belum diumumkan)


SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)



1. Gelang Patah - Lim Kit Siang

2. Bukit Gelugor - Karpal Singh (penyandang)

3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)

4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)

5. Kluang - Liew Chin Tong (bertukar dari parlimen Bukit Bendera)

6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)

7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)

8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)

9. Bentong - Wong Tack

10. Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (penyandang)

11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)

12. Taiping - Nga Kor Ming (penyandang - belum diumumkan)

13. Raub - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz

14. Bukit Mertajam - Chong Eng (penyandang)

15. Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (penyandang)

16. Batu Kawan - Dr P Ramasamy (penyandang)

17. Cheras - Tan Kok Wai (penyandang)

18. Bukit Bintang - Fong Kui Lun (penyandang)

19. Teluk Intan - M Manogaran (penyandang)

20. Rasah - Anthony Loke Siew Fook (penyandang)


SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs)


1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)

2. Arau - Tuan Guru Haron Din

3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)

4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)

5. Pulai - Salahuddin Ayub (bertukar dari parlimen Kubang Kerian)

6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)

7. Pendang - Mohamad Sabu (disahkan jam 6.30 petang)

8. Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (belum diumumkan)

9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)

10. Tumpat - Kamarudin Jaffar (penyandang)

11. Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (penyandang)

12. Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (penyandang)

13. Baling - Brig Jen (B) Najmi Ahmad

14. Larut - Fauzi Shaari

15. Temerloh - Nasrudin Hassan

16. Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi

17. Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang)

18. Bachok - Ariffin Mahmod (belum disah dan diumumkan)

19. Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (belum diumumkan)

20. Padang Besar - Azamhari Mahmood

21. Kangar - Baharuddin Ahmad (belum disahkan)

22. Putrajaya - Husam Musa (kekal di DUN Salor, belum disah dan diumumkan)

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/04/pecah-berita-senarai-calon-pakatan.html?m=0



*Tambahan berita Terkini dari Berita Harian 5.00am tadi -


GERIK: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dua kerusi Parlimen iaitu Lumut dan Padang Rengas.

Calon Parlimen Lumut ialah bekas Laksamana Pertama bersara TLDM, Jeneral (B) Mohd Imran Abdul Hamid manakala Padang Rengas iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan, Dr Meor Ahmad Isharra Ishak. Pengumuman dibuat pada siri Jelajah Kemerdekaan di Taman Semarak, di sini, malam tadi.

Anwar juga meminta tempoh 24 jam untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding kerusi Parlimen di Perak atau sebaliknya.

p/s Nuar sendiri perasan nak bertanding kerusi Parlimen di Negeri Perak kerana katanya beliau telah berada di Perak selama 9 tahun iaitu 7 tahun di MCKK Kuala Kangsar dan 2 tahun di Pusat Tahanan ISA di Kamunting. Nampaknya PKR mengenengahkan beberapa bekas Pegawai Tinggi ATM yang dah pencen dengan harapan menarik undi rakyat dengan menonjolkan dan mengwar warkan kewibawaan bekas bekas Pegawai Tinggi ATM. Beria ia benor yop nampaknya !!! hahaha........kita tunggu dan tengok yop !!!

BLOG ABG

TERKINI #PRU13 - ANWAR UMUM TANDING DI PERAK !!! BUKA KELENTONG ATAS SEJARAH HIDUPNYA DI PERAK SELAMA 7 TAHUN DI MCKK, 2 TAHUN DI KAMUNTING ???

LIVE !!! ANWAR IBRAHIM TENGAH KENCING RAKYAT MALAYSIA DI GERIK, PERAK !!!



Pengumuman Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengesahkan akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini dilihat sebagai satu tindakan serampang dua mata. Menurut sumber yang diterima,ia ekoran dari gelombang penolakan orang Islam dan Melayu yang semakin mengenali makhluk ‘dua alam’itu. Ini kerana dikhabarkan majoriti pengundi di Pematang Pauh telah mula bosan dengan sindrom penafian Anwar yang sehingga kini gagal menjawab semua dakwaan berhubung isu salah laku moral yang dikaitkan ke atas dirinya. Selain gagal memberikan khidmat yang cemerlang untuk para pengundi di kawasan, Anwar juga dikatakan jarang meluangkan masa untuk berjumpa dengan masyarakat setempat yang suatu ketika dahulu merupakan penyokong kuatnya. Maka telah mula kedengaran di kalangan pengundi di Permatang Pauh untuk menolak Anwar sekiranya dia masih mencalonkan dirinya dalam pilihanraya akan datang.Menurut sumber pula,tindakan Anwar yang membuat pengumuman awal senarai calon PKR juga telah menimbulkan kemarahan di kalangan beberapa pimpinan pusat dan ketua-ketua peringkat cabang. Ini disebabkan kerana,ia telah memberikan kesan buruk,selain menimbulkan perpecahan di kalangan penyokong peringkat akar umbi. Yang nyata,ramai yang tidak berpuas hati apabila Anwar menolak kepimpinan cabang sebagai calon pilihanraya,hanya kerana ingin memberi laluan kepada calon luar yang dikatakan sebagai ‘giant killer’.

Ekoran itu,ramai yang dikatakan telah mengambil keputusan untuk tidak akan mengundi calon PKR. Malah ada yang mengatakan akan memberikan undi kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan sabotaj ke atas kepimpinan Anwar,lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mengambil tindakan untuk keluar parti dan membubarkan ranting PKR.Terbaru,Ketua Bahagian PKR Pasir Salak Ahmad Taufik Hassan juga antara yang dikatakan akan meninggalkan PKR untuk menyertai UMNO selepas 40 orang ahli PKR termasuk Ketua Pemuda PKR Sungai Siput mengambil langkah yang serupa. Sebelum ini,seramai 64 ahli PKR di Parlimen Pasir Salak nekad mengikut jejak langkah 120 ahli dan jentera PKR,Cabang Padang Rengas yang nekad untuk keluar parti. Inilah yang dikatakan sebagai rahmat dari Allah SWT, kerana semakin ramai yang telah diberikan petunjuk untuk menilai makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin ‘anugerah tuhan’ itu.  Lihat sahaja mengenai berita tentang tokoh-tokoh tertentu dalam masyarakat dan bidang akademik yang telah mula menjauhkan diri dari Anwar Ibrahim.

Mereka dikatakan tidak lagi mahu menyokong perjuangan yang berpaksikan kepada kepentingan peribadinya itu. Mereka itu pula bukan golongan baru belajar berfikir dan menganalisis, Tetapi merupakan tokoh yang amat disegani di dalam dan di luar negara. Prof Datuk Dr. Sidek Baba sebagai contoh merupakan antara ‘hardcore’ yang boleh diibaratkan sebagai panglima perang Anwar. Ini kerana di UIA, beliau adalah merupakan pemangkin pada gerakan menaikkan Anwar di kalangan masyarakat intelektual serta dunia pelajar. Selain mereka,Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa juga dilihat telah‘berkerat rotan’ dengan Ketua Umum PKR, walau pun pada peringkat awal meraka antara yang turut serta dalam gerakan Anwar. Perkataan Pas diresapi parasit adalah komen pertama Hasan meninggalkan perjuangan Pas sebagai merujuk kepada usaha Anwar mencatur agenda Pas dari luar. Persoalannya,apakah mereka yang masih bersama PKR ini tidak sedar dan tidak tahu lagi akan hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim ???  Hakikatnya ‘KEADILAN’ dalam PKR hanyalah merupakan retorik semata-mata.Ini kerana perjuangan PKR untuk Anwar Ibrahim, jangan nak tipu saya, saya tahu siapa anwar ibrahim kerana saya bersama keADILan pada tahun 1997 sampai 2000. Dari dulu sampai sekarang ahli politik yang bercita-cita untuk menjadi perdana menteri ini memang tidak pernah dengar pandangan orang lain. Asyik veto,asyik saman, asyik pergi hotel jumpa budak muda yang akhirnya menyebabkan ahli-ahli PKR semakin diabaikan oleh Anwar.

SAKSIKAN ANWAR IBRAHIM LIVE STREAM SEKARANG DI GERIK,PERAK !!!


source - Badut Rakyat

Komen - Nanti........
BLOG ABG

TERKINI #PRU13 : APABILA TERBUBAR PARLIMEN - MAKSUD KERAJAAN SEMENTARA.

EKSKLUSIF !! ANDA TAHU APA MAKSUD KERAJAAN SEMENTARA? ADAKAH IA HARAM ? WAJIB BACA !!!



Adakah jemaah Kabinet terbubar secara automatik dengar terbubarnya Parlimen?Persoalan sama, adakah barisan EXCO di negeri-negeri juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN). Persoalan ini menjadi penting dalam perkembangan semasa tanah air. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri negeri tidak mempunyai peruntukan khusus berkaitan pembubaran barisan jemaah Kabinet dengan terbubarnya Dewan Rakyat. Dengan kata lain, Perlembagaan tidak menyatakannya dengan terperinci. Selepas diteliti perbincangan ketika penggubalan Perlembagaan, saya dapati jemaah menteri juga terbubar dengan sendirinya selepas berlakunya pembubaran Parlimen sama ada pembubaran secara automatik selepas tamat tempoh hayat Parlimen atau Parlimen dibubarkan atas permintaan Perdana Menteri dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong. (Hanya Dewan Rakyat yang terbubar, Dewan Negara tidak terbubar). Hujah di sini ialah asas lantikan anggota jemaah menteri ialah kedudukannya dalam Majlis Parlimen sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Apabila Parlimen terbubar, maka asas lantikan itu tiada lagi. Atas dasar kehilangan asas keahlian itu, anggota jemaah menteri hendaklah melepaskan jawatannya. Dengan itu, boleh difahami bahawa jemaah menteri adalah juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Rakyat.


Terus jadi amalan



Justeru, dengan terbubarnya jemaah menteri, timbullah persoalan sama ada perlu atau tidak dibuat pelantikan khusus sebuah kerajaan sementara bagi menggantikan jemaah menteri yang terbubar itu. Jemaah menteri yang melaksanakan pentadbiran ketika Parlimen terbubar inilah yang sering disebut sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker government’. Ia merujuk kepada kerajaan yang mentadbir negara dalam keadaan ketiadaan Parlimen untuk satu masa tertentu sehinggalah kerajaan baru dibentuk. Dalam negara yang matang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah menjadi amalan bagi kerajaan yang memerintah sebelum itu untuk terus menjadi kerajaan sementara. Bagi negara kita, inilah amalan dilakukan selama ini selepas 12 pilihan raya umum (PRU) berlangsung selepas merdeka. Perlu disebut bahawa Perlembagaan kita tidak menggunakan istilah kerajaan sementara. Amalan itu bukanlah sesuatu yang ‘haram’ atau bertentangan dengan Perlembagaan. Perlembagaan tidak mewajibkan atau tidak meletakkan syarat secara tersurat mengkehendaki penubuhan kerajaan sementara. Amalan ini sudah menjadi fahaman atau ideologi dalam konvensyen demokrasi kita.


Bahagian akhir Perkara 43



Walau apapun, dalam perbicaraan ketika penggubalan Perlembagaan juga, bahagian akhir Perkara 43 menyatakan bahawa selepas Parlimen terbubar Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik jemaah menteri seperti disebut dalam Perkara 43. Maka,kita dapati Perkara 43(2) membuat peruntukan yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat lantikan jemaah menteri ketika Parlimen terbubar. Perkara sama menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh melantik anggota jemaah menteri terdahulu, tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak terikat dengan kriteria itu. Dengan kata lain, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam menentukan keanggotaan jemaah menteri yang dibuat ketika Parlimen terbubar. Sementara itu,semua negeri mempunyai peruntukan sama dengan memberi kuasa kepada Raja-Raja atau Sultan masing-masing. Oleh itu, dalam amalan sistem demokrasi berparlimen,ia sudah menjadi amalan untuk jemaah menteri daripada mandat Parlimen yang terbubar itu meneruskan tugas sebagai menteri tanpa lantikan khusus.


Tanggungjawab Kerajaan Sementara


Walau apapun, kita harus menitikberatkan dua perkara dalam membincangkan hal tugas dan kuasa kerajaan sementara. Dua bidang tugas utama kerajaan sementara ialah melaksanakan pentadbiran harian dan memastikan pilihan raya umum berjalan secara adil dan lancar. Kerajaan sementara hendaklah bersifat seimbang atau neutral dan juga tidak mempengaruhi penjawat awam dalam hal berkaitan pilihan raya Kerajaan sementara juga tidak boleh mempengaruhi tindakan atau keputusan badan yang mengendalikan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negara kita. Bagi mencapai tahap matang demokrasi, kerajaan sementara hendaklah mempunyai sifat saksama yang tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak sama ada dalam melaksana pentadbiran harian atau juga pilihan raya umum.Dalam keadaan seperti ini, kita tidak perlu memberikan penekanan yang tidak perlu kepada lantikan khusus kerajaan sementara. Tetapi, dua perkara berkaitan tanggungjawab kerajaan sementara itu yang perlu diambil perhatian. Sekiranya ada persoalan kredibiliti,barulah diperlukan sebuah kerajaan sementara yang dilantik khusus oleh Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan kuasa budi bicara baginda.


SUMBER : BADUT RAKYAT (TQ BRO)
BLOG ABG

Thursday 4 April 2013

PENDEKAR MELAYU: Terkini Ops Daulat : 'Dato' Seri' Dicekup Polis ...

PENDEKAR MELAYU: Terkini Ops Daulat : 'Dato' Seri' Dicekup Polis ...: Ops Daulat: 'Datuk Seri' Clarence dicekup polis Polis telah menahan seorang lelaki bergelar "Datuk Seri", Clarence Lui...

anaknilai

TERKINI #PRU13 : SELANGOR NEGERI PEMBANGKANG PERTAMA BUBAR DUN




Di sebalik ding-dong Khalid, Selangor negeri pembangkang pertama bubar DUN





Selangor menjadi negeri pertama pakatan pembangkang yang bubar Dewan Undangan Negeri secara rasmi selepas Sultan Sharafudin Idris Shah menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN, kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Sebelum ini, Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sering buat ding dong mengenai hasrat mereka mahu bubar DUN.

Khalid berkata DUN Selangor dibubarkan secara rasmi di hadapan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri di Istana Alam Shah, petang tadi.

"Dengan pembubaran ini, ia memberi peluang kepada rakyat Selangor memilih kerajaan baru di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dijangka bubar DUN masing-masing esok.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng pagi tadi menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Guan Eng dilihat memasuki perkarangan Sri Mutiara kira-kira pukul 9.30 pagi dan meninggalkan kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri itu pada pukul 10.10 pagi tadi.

Bagaimanapun, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri selepas itu, Guan Eng akan mengadakan sidang akhbar mengenai pembubaran DUN esok.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pagi tadi bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN Kedah.

Azizan menghadap baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur sambil diiringi Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Datuk Anas Ahmad Zaki kira-kira pukul 10 ini.

Menteri Besar Kedah itu dijangka menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini pada pukul 9 pagi esok sebelum boleh menetapkan tarikh pembubaran DUN Kedah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga dijangka mengadap Sultan Kelantan esok untuk memohon perkenan membubarkan DUN, ini bagi membolehkan pilihanraya serentak dilaksanakan di seluruh negara.

Semua negeri pakatan akan bubar untuk pilihanraya serentak

Nampaknya semua empat negeri pakatan pembangkang Kelantan,Pulau Pinang,Kedah dan Selangor akan bubar Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk pilihanraya serentak dengan Parlimen.

Jadi isu pilihanraya DUN berasingan dengan Parlimen tidak timbul lagi.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tengahari Rabu sudah memberi pengakuan untuk bubar sekali.

Cuma masa belum ditetapkan untuk mengadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenaan bubar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, juga menyatakan persetujuan bubar serentak.

Beliau akan mengadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas untuk mendapat perkenan pembubaran DUN di kediaman rasmi Seri Mutiara, Georgetown 9.30 pagi esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata tarikh pembubaran DUN Kedah akan diketahui paling awal esok selepas beliau menghadap Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kuala Lumpur.

Selain Yang Dipertuan Agong, beliau akan turut menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk memaklumkan perkenan pembubaran DUN itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah pengadap Sultan Selangor petang Rabu.

Kemudiannya beliau memberitahu menerusi satu kenyataan akan umum pembubaran DUN esok.(4/4/2013).

Sebelum ini Khalid sahaja yang cetus ding dong mengenai tarikh pembubaran DUN.-3/4/2013


BLOG ABG

1BARISAN: TERKINI #PRU13 - ORANG MELAYU P.PINANG DAH GILO DI...

1BARISAN: TERKINI #PRU13 - ORANG MELAYU P.PINANG DAH GILO DI...: #GE13 : VIDEO CINA PENANG MARAHKAN GUAN ENG, GELAR JANJI TAIK LEMBU! Mohon rakan-rakan sebarkan video ini supaya lebih ramai ...

BLOG BN 2013

Malay Archipelago: SABAH (FORMERLY NORTH BORNEO) - An annotated tim...

Malay Archipelago: SABAH (FORMERLY NORTH BORNEO) - An annotated tim...: North Borneo (Sabah): An annotated timeline 1640s - present. March 1, 2013 | Filed under:  Daily Dose ,  Events Mode and tagged with:  ...

BLOG ABG

Malay Archipelago: Part 2 : North Borneo (Sabah): An annotated timel...

Malay Archipelago: Part 2 : North Borneo (Sabah): An annotated timel...: May 27, 1961 Inclusion of North Borneo (Sabah) in the concept of Malaysia after the UK talks. It was during this time when then Preside...

Pendekar Melayu 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Box

Comment Box

ACTIVITY FEED

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013
Diambil pada Hari Pembubaran Parlimen ke 12 selepas Mesyuarat Terakhir Kabinet 03/04/2013

BLOG ABG - LOCAL UPDATES AND POSTINGS.

ABG Posting Updates

LD Headlines