The Blog Heading -BMT

The Blog Heading -BMT
The Abstract heading no1

BLOG ABG FLASH MESSAGE

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013
AKUJANJI BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA ( Klik Gambar untuk Akses Penuh)

Thursday 13 June 2013

Dr MiM: AKHIRNYA! PENGASAS KUMPULAN RED BEAN ARMY DAP DIDE...

Dr MiM: AKHIRNYA! PENGASAS KUMPULAN RED BEAN ARMY DAP DIDE...: Akhirnya, pengasas kumpulan Red Bean Army telah mengaku kewujudan Red Bean Army! Sumber : KLIK SINI Seorang aktivis politik berkata P...

Pendekar Melayu 2013

Wednesday 5 June 2013

Penggempur Mutiara: Terkini!!! Rakan Pengomen Status Melissa Gooi Suda...

Penggempur Mutiara: Terkini!!! Rakan Pengomen Status Melissa Gooi Suda...: Akhirnya Melissa Gooi, 32 tahun, diberkas di Ampang, Selangor. Tiga rakan Melissa juga diminta oleh pihak polis untuk tampi...

BintangWalk2

Tuesday 4 June 2013

Apple Biru: HOT NEWS! Rakan Sekutu Melissa Gooi DiKehendakki P...

Apple Biru: HOT NEWS! Rakan Sekutu Melissa Gooi DiKehendakki P...: KUALA LUMPUR, 4 JUN 2013 - BERKAITAN ISU PENGHINAAN TERHADAP SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG, PADA JAM 9.30 PAGI INI, POLIS DIRA...

Tak Melayu Hilang Didunia

ANWAR TIKAM BELAKANG PAS DAN DAP...LEPAS TU KENCING NAJIB.............

TERBAIK!!! MENTERI KBS DEDAHKAN RAHSIA ANWAR!!!




Apa yang dinyatakan oleh Menteri KBS ni memang terbaik beb!!! SH memang sokong 100%. Tak heran la kenapa Si Ketua Penipu tu 'Panas Punggung' dan nak salahkan orang lain.


Hakikatnya, dia sendiri yang dah tikam belakang mereka yang berada dalam DAPigs dan PAS. Hidup - hidup PAS dan DAPigs kena main dengan dia.


Dalam keadaan sekarang ni, memang patut sangat la dia cuba untuk mencari 'lobang' lain untuk dipersalahkan. Sama la cerita macam insiden Lahad Datu tempoh hari.


Macam - macam cara dia buat untuk tutup 'Lobang' yang dah dikorek. Akhirnya, 'lobang' yang dia korek sendiri pulak yang makan tuan. Penyudahnya dia jugak yang kena tikam balik!!! Baru la Padan Muka dia!!!

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak ada pendirian malah sanggup tikam belakang DAP serta PAS dengan membuat perjanjian sulit itu tanpa pengetahuan kedua-dua parti sekutunya itu.


Bagi Menteri Belia dan Sukan iu, inilah masanya rakyat negara ini melihat sikap sebenar Anwar yang tidak hormati apa beliau sendiri cakap malah tidak mengotakan janji-janjinya.


“Pendedahan Jusuf dalam Wall Street Journal mengejutkan. Saya harap rakyat Malaysia melihat pendedahan ini satu bukti Anwar orang yang tak ada pendirian. Janji dengan Najib untuk patuhi PRU tetapi tak tunaikan,” katanya kepada Agendadaily.


Tambahnya, “Apa lagi Anwar boleh cakap? Dia tak boleh kata ini konspirasi UMNO, ini kenyataan Utusan Malaysia tetapi (pendedahan) oleh kawan rapatnya sendiri dan disiarkan media antarabangsa,”.


Khairy juga mahu PAS melihat tindakan Anwar ini sebagai wajah sebenar pemimpin yang mereka sanggup terima sebagai ketua dan Perdana Menteri.


“PAS harus sedar siapa Anwar. Sudah berkali-kali pendedahan sikap beliau. Kalau yang ini mereka tak sedar juga, saya pun tak faham,”katanya yang ditemui di perasmian Festival Belia 2013 di Putrajaya.


Menurut beliau, tindakan Anwar membuat perjanjian sulit dengan Najib juga membelakangkan PAS dan DAP.


“Ini seperti tikam belakang PAS dan DAP. Saya percaya perjanjian itu tanpa pengetahuan rakan-rakan penting beliau,” ujarnya.

Ps: Bab main 'Tikam Belakang' ni, memang kegemaran Bang Non tu. Siapa yang tak tau ye tak. Hehehe...

SUMBER : http://semuthitam80.blogspot.com/2013/05/terbaik-menteri-kbs-dedahkan-rahsia.html

BLOG ABG

Monday 3 June 2013

Pemuda UMNO Mahu SKMM Bertindak Cepat, Tegas Individu Hina Agong

Pemuda UMNO Mahu SKMM Bertindak Cepat, Tegas Individu Hina Agong

BLOG ABG

Hollywood stars shocked by Singapore car prices (Fast & Furious 6)



1Barisan

GANDASARI: WAJIB BACA: KENAPA DAP TIDAK MAHU PEMILIHAN CEC SEMULA

GANDASARI: WAJIB BACA: KENAPA DAP TIDAK MAHU PEMILIHAN CEC SEMULA

BLOG ABG

Pasca #PRU13 : Bukti @anwaribrahim Perancang "Malaysia Spring" Mula Disebarkan Di Internet Termasuk Hubungan @anwaibrahim Bersama Pemberontak Youssef Nada #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13


Pasca #PRU13 : Bukti @anwaribrahim Perancang "Malaysia Spring" Mula Disebarkan Di Internet Termasuk Hubungan @anwaibrahim Bersama Pemberontak Youssef Nada #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13




Keterangan Gambar Menyatakan: Bersama Anwar Ibrahim dan keluarga pemimpin pembangkang Malaysia pada tahun 1995. Pada tahun 2012 Anwar Ibrahim berunding dengan Youssef Nada tentang ‘Malaysia Spring’ yang bakal berlaku.

Gambar sebelah ialah kulit buku di mana gambar di atas dicetak.

Gambar di atas diambil dari buku ‘Inside Muslim Brotherhood – Youssef Nada’ ditulis oleh Douglas Thompson. Keterangan gambar menyatakan Youssef Nada bersama Anwar Ibrahim dan keluarga pemimpin pembangkang Malaysia itu pada tahun 1995. Pada tahun 2012, Anwar Ibrahim berunding dengan Youssef Nada tentang ‘Malaysia Spring’ yang bakal berlaku.

Youseff Nada adalah antara pencetus Arab Spring di mana beliau terlibat secara langsung dalam menggerakkan satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Beliau melakukannya demi mewujudkan demokrasi di negara Arab dan bagi menentang kekejaman. Dari gambar di atas, jelas bahawa hubungan Anwar dengan Youseff Nada adalah rapat, iaitu sebagai rakan keluarga dan bukan sekadar kenalan biasa.

Jika masih ada yang ragu-ragu atau tidak percaya bahawa Anwar ingin mencetuskan Malaysia Spring, maka inilah bukti yang jelas yang dikemukakan secara tidak langsung oleh mereka yang terlibat dalam Arab Spring sendiri.

Bagi yang enggan mencari kebenaran serta malas membaca mungkin tidak tahu bahawa kaitan Anwar dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara Arab dengan CIA dan seterusnya pihak Neo-con telah bermula sejak di era 1970-an lagi iaitu ketika beliau masih menuntut di universiti. Anwar dan orang-orang yang sealiran dengannya, aktivis ‘Islam’, buat kali pertama bertemu di Arab Saudi pada lewat tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, ketika beliau masih menuntut di Universiti Malaya dan bergiat dalam organisasi Islam, termasuk The King Faisal Foundation atau The Faisal Foundation.

Kumpulan ini telah membentuk satu kumpulan generasi baru pemimpin-pemimpin ‘Muslim Brotherhood’ (Ikhwanul Muslimin) dengan pelbagai organisasi yang ditaja oleh Arab Saudi di seluruh dunia. Pada tahun 1970, Ahmad al-Haj Totonji, aktivis yang meninggalkan tanahairnya, Iraq dan berhijrah ke Arab Saudi, telah melawat Malaysia dan membantu Anwar untuk menubuhkan ABIM dengan bantuan kewangan dari The Faisal Foundation.

Bukan rahsia bahawa dunia Arab itu sendiri terbahagi dua kepada golongan pemerintah yang pro-Amerika dan yang menentang Amerika. Raja Faisal mula memerintah Arab Saudi pada 1964 adalah antara yang pro-Amerika.

Hubungan Raja Faisal dengan Amerika telah lama terjalin dengan begitu mendalam. King Faisal Foundation merupakan universiti kerjasama dengan University of Texas. Manakala, Methodist International, iaitu anak syarikat kepada The Methodist Hospital di Houston Texas juga bekerjsama dengan King Faisal Specialist Hospital di Arab Saudi.

Kerjasama ini terjalin kerana golongan aristokrat minyak di Texas dan juga Keluarga DiRaja Saudi mempunyai minat yang sama iaitu terhadap kuda, politik konservatif dan tentu sekali, minyak. Hubungan kedua-dua golongan ini membawa kepada ‘sefahaman’ dalam pandangan mengenai politik dunia.

Sementara itu, Youseff Nada yang menjadi subjek dalam buku di atas adalah antara pengasas International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpengkalan di Virginia, di mana turut terletak ibu pejabat CIA. Beliau adalah pejuang Ikhwanul Muslimin sejak di usia belasan tahun lagi.

Youssef Nada adalah seorang taikun dengan perniagaannya meliputi berbagai bidang, bermula dari hasil tenusu sehinggalah kepada pembekalan simen ke seluruh dunia. Sebagai tokoh korporat dan peneraju bank termasuk Faisal Finance di Switzerland, yang dimiliki oleh Raja Faisal, skop pergaulan Youseff semakin luas sehingga ke peringkat Ketua-ketua negara di seluruh dunia, termasuk Muammar Gadaffi, Zine AlAbadeens dan lain-lain lagi. Beliau juga menjadi penyumbang dana bagi gerakan kejatuhan pemimpin-pemimpin tersebut melalui Arab Spring.

Youssef mempunyai beberapa buah rumah di beberapa negara terutamanya di Eropah namun beliau menegaskan bahawa beliau enggan sekali-kali kembali ke negara Arab, atau negaranya, Mesir.

Youssef Nada seolah-olah tidak dapat ‘memaafkan’ Mesir kerana telah memenjarakannya tanpa sebab ketika beliau masih di universiti. Sebenarnya, beliau ditangkap semata-mata kerana Presiden Mesir pada waktu itu takut kepada bayang-bayang Ikhwanul Muslimin.

Di dalam penjara, Youseff melihat sendiri bagaimana ‘pesalah’ didera walaupun dalam kebanyakan kes, ‘kesalahan’ mereka tidak pernah dimaklumkan, jauh sekali dibicarakan. Di sana juga, beliau melihat seorang lelaki digantung di bahu dengan kaki dan tangan terikat lalu kepalanya dicelup ke dalam najis manusia. Beliau juga melihat bagaimana seorang lelaki dibakar seluruh badan, kemudian dipadamkan apinya dan diheret kembali ke penjara tanpa rawatan. Dalam sebuah sel, beliau dapat melihat anggota yang tercerai dari badan seorang lelaki sedang lelaki itu masih hidup - tanpa diberikan rawatan.

Youseff sendiri ketika ditangkap sedang menderita sakit apendiks. Selama beberapa minggu, beliau dibiarkan tanpa rawatan. Satu ketika atas desakan kenalan dan keluarga, doktor datang melawat tetapi memberi ‘rawatan’ dengan cara menyuruhnya mengangkat bebanan 50kg dan lari beberapa pusingan.

Akhirnya, setelah mendapat maklumat lengkap keluarganya dan berjaya membuatkan mereka membayar sejumlah wang yang mana sama seperti gaji seorang Timbalan Menteri, maka Youseff pun mendapat rawatan sempurna.

Di dalam penjara jugalah Yousef berpeluang berjumpa orang-orang penting. Akhirnya, setelah dibebaskan, dan berjaya membina perniagaannya, orang-orang penting yang dikenalinya telah membawanya ke dunia luar di mana beliau membina empayar perniagaannya.

Youssef yang lahir di tanah Arab melihat kekejaman dan korupsi kronik sejak dari usia yang muda merasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada dunia Arab. Rakyat tidak punya hak bersuara manakala pemerintah pula mempunyai kuasa mutlak untuk berbuat apa saja termasuk menangkap dan mendera rakyat tanpa sebab. Korupsi berada di tahap yang amat parah iaitu sehingga tidak mengenal erti kemanusiaan.

Dari situlah timbulnya ilham untuk melakukan perubahan. Mungkin kerana itu, Youssef mengambil pendekatan terbuka dan mesra barat yang dilihatnya sebagai ‘tidak zalim’. Beliau kemudiannya menjadi pendokong dan pejuang demokrasi tegar.

Melalui IIIT, Youseff berazam untuk membawa pembaharuan di dunia Arab. IIIT merupakan institusi utama pendokong gagasan ‘Islamisasi Pengetahuan’ (Islamization of Knowledge), satu konsep yang menuntut semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia Islam (world view). Untuk usaha ini, IIIT mengumpulkan tokoh-tokoh dan pejuang Ikhwanul Muslimin, yang mana antaranya termasuklah Anwar Ibrahim.

Maka tidak hairanlah apabila organisasi itu begitu giat membantu Anwar ketika beliau di penjara.

Seorang lagi pengasas IIIT yang menjadi Mentor Anwar ialah Ismail Faruqi iaitu seorang Professor diUniversiti Temple Philadelphia yang mati dibunuh akibat perlakuan homoseksual. Di antara pengikut Faruqi lain yang paling berpengaruh adalah Prof. John L Esposito di Universiti Georgetown, yang juga kawan rapat Anwar sebagai penulis biografinya.

Universiti Georgetown adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Jesuits bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik. Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi. Juga dikenali sebagai 'orientalis'. Di sinilah Anwar memasuki rangkaian Zionis.

Untuk pengetahuan, The Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, merupakan punca isu Kalimah Allah.
Setelah dibebaskan dari penjara, IIIT terus membantu Anwar dari segi kewangan dan juga perniagaan. Semasa Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjarakan, Pengarah IIIT, Dr Jamal Barzinji telah membayar pelobi-pelobi untuk membela kes Anwar di Washington, dan IIIT telah membayar biasiswa yang mahal kepada anak-anak Anwar. Anak Anwar, Nurul Ilham Anwar, juga lulusan Universiti Georgetown, telah tinggal di rumah keluarga Barzinji di 11925 Safa Court di Herndon.

Kesimpulannya, Hubungan Anwar dengan IIIT telah membawa beliau kepada sekumpulan Arab yang bekerjasama dengan CIA. Sama ada untuk tujuan ‘demokrasi’ atau ‘kepentingan diri’, tidak dapat dinyatakan dengan pasti, walaupun oleh diri mereka yang terlibat sendiri.

Apa yang pasti, satu rangkaian yang merangkumi taikun-taikun Arab, ketua-ketua negara yang kaya dengan sumber asli termasuk penyangak wang dunia dan pelobi, perunding serta ahli politik Amerika membentuk satu kuasa yang besar dengan dana yang tidak terhad. Dengan menggunakan nama Islam, pihak ini dengan mudah melaga-lagakan sesama Islam.

Dengan menggunakan nama hak asasi dan kebebasan pula, pihak ini juga dengan mudah mencabar Islam itu sendiri dan melaga-lagakan pula dengan pihak lain. Semuanya atas misi yang dinamakan ‘pertukaran rejim’ dalam usaha untuk membentuk Orde Dunia Baru atau ‘One World’.

Pendek kata, Arab Spring bermula iaitu dari seorang yang jujur seperti Youssef Nada yang berdendam dengan negaranya kepada sekumpulan rakyat yang dirasuk oleh kemarahan dan kebencian yang telah dipergunakan sama ada secara rela atau tidak sedar oleh musuh Islam, yang ingin menguasai dunia.

Menggunakan senjata baru iaitu teknologi maklumat, kebencian dan kemarahan di kalangan rakyat diperhebatkan sehingga tidak terkawal. Walaupun Youssef Nada kononnya mempunyai niat yang ‘murni’ untuk membawa perubahan dan kesejahteraan kepada rakyat di negara Arab, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Akibat dari perjuangan Youssef Nada ini, ekonomi Mesir menjunam, pengangguran meningkat tetapi hak kebebasan bersuara masih tersekat.

Pada 9 Oktober 2011 negara tanah tumpah darah Youseff Nada menyaksikan lebih kurang 30 orang terbunuh. Pada 18 November 2011 33 terbunuh dan 1,732 cedera. Pada 16 Disember 2011 pula 14 terbunuh dan 300 cedera. Dalam masa yang sama kedai-kedai, pejabat, bank dan juga rumah-rumah kediaman musnah dan rakyat kehilangan pekerjaan, kehilangan sanak saudara serta kehilangan masa depan.

Hari ini, sesiapa sahaja yang mengkritik pemerintah baru iaitu Presiden Morsi akan ditangkap dan dipenjarakan.

Youseff Nada mungkin gembira melihat ‘demokrasi’ tertegak di Mesir, tetapi negara itu kini terpaksa meminjam atau bergantung sepenuhnya kepada Amerika untuk dibangunkan semula dan untuk memastikan rakyat dapat terus hidup. Mungkin Youseff melihat apa yang berlaku sebagai satu kemenangan ‘rakyat’ untuk menjatuhkan rejim diktator yang korup dan kejam.

Namun hakikatnya, tiada siapa yang menang kecuali Amerika atau Zionis atau Jesuit.

Berbalik kepada gambar di atas yang menerangkan bahawa Anwar mengunjungi Youseff Nada untuk berbincang mengenai ‘Malaysia Spring’, wajar dijadikan peringatan oleh semua rakyat Malaysia.

Malaysia pada hakikatnya telah pun mengamalkan demokrasi. Hak bersuara di Malaysia pula sesungguhnya sudah melampaui batas sehingga pemimpin negara boleh dihina sesuka hati. Malah, kaum minoriti juga mempunyai kuasa untuk menekan kaum majoriti termasuk menghasut sesuka hati melalui akhbar dan sekolah milik mereka.

Selain itu, di Malaysia, biarpun bukan semua ahli politik itu bersih tetapi tiada siapa yang akan membiarkan rakyat menderita dan meninggal dunia demi ‘sesuap’ rasuah. Ini berkait rapat dengan sikap semulajadi kaum Melayu itu tidak membolehkan pemimpin kita berlaku kejam dan zalim sepertimana pemimpin di negara Arab mahupun pengganas komunis atau penjajah Jepun.

Oleh itu, tidak salah jika dikatakan bahawa kerana sikap orang Melayu inilah maka Malaysia sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah SWT.

Latarbelakang Anwar yang jauh berbeza dengan Youssef Nada dengan sendiri menafikan hak Anwar untuk mencetuskan Malaysia Spring. Tidak seperti Youssef yang dipenjara tanpa sebab, Anwar dipenjara setelah dibuktikan bersalah serta diberikan sepenuh peluang untuk membela diri. Beliau juga diwakili oleh barisan peguam terhandal di Malaysia.

Paling teruk rungutan yang didengar dari mereka yang dipenjarakan di Malaysia pula ialah tentang bagaimana mereka ‘terpaksa makan telur rebus setiap hari’.

Sekiranya Youseff Nada tahu bahawa Anwar diberi sel istimewa di dalam penjara serta dibenarkan pula mempunyai ‘tukang urut khas’ tentu beliau akan menyangka Anwar gila kerana ingin mencetuskan Malaysia Spring. Di dalam penjara, Anwar bukan sahaja bebas menerima pelawat tetapi dibenarkan menulis dan menghantar surat kepada rakan-rakannya di barat, hatta memfitnah kerajaan sebagai menganiayanya.

Jika Youseff terpaksa merasuah untuk mendapat rawatan apendiks di penjara, Anwar pula diberi ruang untuk mendapat rawatan di luar negara.

Lebih dari itu, Anwar juga akhirnya bebas atas alasan teknikal, walaupun ketiga-tiga hakim merekodkan secara jelas bahawa berdasarkan bukti dan saksi, mereka begitu pasti yang Anwar bersalah terlibat dalam aktiviti homoseksual.

Hakikatnya, pembebasan Anwar, kehidupannya yang mewah dan kemenangannya sendiri di kawasannya dalam PRU-13 membuktikan bahawa Malaysia Spring ‘idaman’ Anwar adalah bersifat pentingkan diri dan berniat jahat.

Dalam ertikata lain, perjalanan hidup Anwar itu sendiri menunjukkan bahawa demokrasi hidup dan segar bugar di Malaysia. Demokrasi hanya mati di dalam Pakatan Rakyat terutama di dalam PKR dan DAP yang memanipulasi pemilihan parti sendiri bagi memastikan anak-beranak dan kroni pemimpin tertinggi sahaja yang dapat menerajui parti.


BLOG ABG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Box

Comment Box

ACTIVITY FEED

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013
Diambil pada Hari Pembubaran Parlimen ke 12 selepas Mesyuarat Terakhir Kabinet 03/04/2013

BLOG ABG - LOCAL UPDATES AND POSTINGS.

ABG Posting Updates

LD Headlines