The Blog Heading -BMT

The Blog Heading -BMT
The Abstract heading no1

BLOG ABG FLASH MESSAGE

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013

Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU13 2013
AKUJANJI BN KEPADA RAKYAT MALAYSIA ( Klik Gambar untuk Akses Penuh)

Thursday 4 April 2013

TERKINI #PRU13 : SELANGOR NEGERI PEMBANGKANG PERTAMA BUBAR DUN




Di sebalik ding-dong Khalid, Selangor negeri pembangkang pertama bubar DUN





Selangor menjadi negeri pertama pakatan pembangkang yang bubar Dewan Undangan Negeri secara rasmi selepas Sultan Sharafudin Idris Shah menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN, kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Sebelum ini, Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sering buat ding dong mengenai hasrat mereka mahu bubar DUN.

Khalid berkata DUN Selangor dibubarkan secara rasmi di hadapan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri di Istana Alam Shah, petang tadi.

"Dengan pembubaran ini, ia memberi peluang kepada rakyat Selangor memilih kerajaan baru di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dijangka bubar DUN masing-masing esok.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng pagi tadi menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Guan Eng dilihat memasuki perkarangan Sri Mutiara kira-kira pukul 9.30 pagi dan meninggalkan kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri itu pada pukul 10.10 pagi tadi.

Bagaimanapun, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri selepas itu, Guan Eng akan mengadakan sidang akhbar mengenai pembubaran DUN esok.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pagi tadi bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN Kedah.

Azizan menghadap baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur sambil diiringi Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Datuk Anas Ahmad Zaki kira-kira pukul 10 ini.

Menteri Besar Kedah itu dijangka menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini pada pukul 9 pagi esok sebelum boleh menetapkan tarikh pembubaran DUN Kedah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga dijangka mengadap Sultan Kelantan esok untuk memohon perkenan membubarkan DUN, ini bagi membolehkan pilihanraya serentak dilaksanakan di seluruh negara.

Semua negeri pakatan akan bubar untuk pilihanraya serentak

Nampaknya semua empat negeri pakatan pembangkang Kelantan,Pulau Pinang,Kedah dan Selangor akan bubar Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk pilihanraya serentak dengan Parlimen.

Jadi isu pilihanraya DUN berasingan dengan Parlimen tidak timbul lagi.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tengahari Rabu sudah memberi pengakuan untuk bubar sekali.

Cuma masa belum ditetapkan untuk mengadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenaan bubar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, juga menyatakan persetujuan bubar serentak.

Beliau akan mengadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas untuk mendapat perkenan pembubaran DUN di kediaman rasmi Seri Mutiara, Georgetown 9.30 pagi esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata tarikh pembubaran DUN Kedah akan diketahui paling awal esok selepas beliau menghadap Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kuala Lumpur.

Selain Yang Dipertuan Agong, beliau akan turut menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk memaklumkan perkenan pembubaran DUN itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah pengadap Sultan Selangor petang Rabu.

Kemudiannya beliau memberitahu menerusi satu kenyataan akan umum pembubaran DUN esok.(4/4/2013).

Sebelum ini Khalid sahaja yang cetus ding dong mengenai tarikh pembubaran DUN.-3/4/2013


BLOG ABG

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Box

Comment Box

ACTIVITY FEED

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013

GAMBAR KENANGAN PERDANA MENTERI DAN BARISAN MENTERI KABINET SERTA TIMBALAN PADA 03/04/2013
Diambil pada Hari Pembubaran Parlimen ke 12 selepas Mesyuarat Terakhir Kabinet 03/04/2013

BLOG ABG - LOCAL UPDATES AND POSTINGS.

ABG Posting Updates

LD Headlines